
Pempengaruh dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee yang menyertai misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilaporkan antara sukarelawan yang ditahan tentera Israel ketika berada di zon merah awal pagi tadi.
Menerusi hantaran terakhir di Instagram, Farah memaklumkan kapal yang dinaikinya, Grande Blu, telah diserang dengan ‘water cannon’ oleh tentera Israel sebelum mereka diberi amaran agar tidak meneruskan pelayaran.
View this post on Instagram
“Sebentar tadi, Grande Blu baru sahaja disembur air. Pada mulanya, mereka hanya sembur sikit-sikit sahaja.
“Mereka juga beri amaran untuk berhenti berlayar,” katanya menerusi mesej suara yang dikongsikan di Instagram.
Namun, Farah menegaskan, ancaman tersebut sama sekali tidak akan mematahkan semangat seluruh sukarelawan untuk meneruskan misi ke Gaza.

“Namun, kami tidak akan berhenti kerana misi kami memang ingin terus menuju ke Gaza.
“Akhirnya, mereka sembur air dengan sangat kuat sehingga kami terpelanting. Keadaan saya basah sepenuhnya,” ujarnya.
Rayuan Kepada Kerajaan Malaysia
Farah turut mendedahkan kapal mereka telah diarahkan untuk berpatah semula atau berhenti di Israel sekiranya enggan diapa-apakan.
View this post on Instagram
“Israel bagi amaran sama ada belayar ke Israel atau patah balik. Katanya ini adalah amaran terakhir.
“Kalau masih berdegil, mereka akan apa-apakan kapal kami,” kongsinya lagi.
Malah, awal pagi tadi Farah memuat naik hantaran berbentuk ‘SOS Message’ di Instagram yang memaklumkan dirinya ditangkap dan dibawa secara paksa oleh tentera Israel.
View this post on Instagram
“Jika anda menonton video ini, bermakna saya telah diculik dan ia bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel.
“Misi kemanusiaan kami adalah aman, tiada unsur keganasan dan mematuhi undang-undang antarabangsa.
“Saya merayu kepada kerajaan Malaysia, terutama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembelaan segera tanpa sebarang syarat,” ujarnya.
Difahamkan, seramai 13 rakyat Malaysia yang menyertai misi berkenaan dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Komunikasi dan Koordinasi Selat (SNCC) selepas lima kapal yang mereka naiki dipercayai dipintas tentera laut Israel di perairan antarabangsa.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




