LOS ANGELES: Pelakon terkenal Hollywood, Denise Richards dilaporkan menangis ketika memberi keterangan di mahkamah berhubung dakwaan penderaan fizikal dan emosi oleh suaminya, Aaron Phypers.
Menurut laporan Fox News, pelakon filem Wild Things itu mendedahkan bahawa Phypers menyerangnya ketika dia masih dalam proses pemulihan selepas menjalani beberapa pembedahan kosmetik.
Richards mendakwa, ketika dia tidak berdaya, Phypers menolak kepalanya dan menarik rambutnya dengan kasar sehingga menyebabkan kecederaan kerana keadaan dirinya yang lemah akibat pembedahan yang dilakukan.
Selain kekasaran yang dilakukan saat dirinya usai melakukan pembedahan, dalam dokumen mahkamah yang difailkan pada 16 Julai lalu, Richards turut menyatakan sepanjang perkahwinan mereka suaminya itu sering melakukan kekerasan fizikal.
“Sepanjang hubungan kami, Aaron sering mencekik saya dengan kasar, memegang kepala saya dengan kuat menggunakan kedua-dua tangan, menggenggam lengan saya dengan keras, menampar muka dan kepala saya dengan ganas, serta menghentak kepala saya ke rak tuala di bilik air.
Dia juga pernah mengancam mahu membunuh saya, menekan lututnya di belakang badan saya sehingga saya terpaksa merayu supaya dia berhenti agar saya tidak dibunuh. Dia turut menggodam komputer riba dan telefon saya untuk memuat turun semua mesej peribadi,” katanya dalam aduan tersebut.
Ads
Sehari selepas dokumen itu difailkan, hakim telah meluluskan permohonan Richards untuk mendapatkan perintah larangan sementara terhadap Phypers pada 17 Julai lalu, sementara proses perceraian mereka masih berjalan.
Bagaimanapun, Phypers menafikan semua tuduhan berkenaan. Dalam pembelaannya, beliau berhasrat memanggil beberapa saksi termasuk bekas suami Richards, Charlie Sheen, dan personaliti televisyen, Brandi Glanville.
Richards bagaimanapun membantah penyenaraian saksi tersebut dengan alasan mereka bukan saksi kejadian sebenar dan hanya bertujuan mencemarkan reputasinya. Perbicaraan antara kedua-dua pihak dijangka diteruskan dalam masa terdekat.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ads
Keyakinan Bermula Dari Dalam
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
Pelakon antarabangsa, Kelly Preston dilaporkan telah meninggal dunia pada Ahad akibat penyakit kanser payudara.
Berita sedih dimaklumkan suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, John Travolta menerusi laman media sosial Instagram.
Selain itu, John turut memberitahu isterinya menderita sejak beberapa tahun lalu.
“Berat hati untuk memaklumkan kepada semua bahawa isteri saya, Kelly telah pergi (meninggal dunia) selepas berjuang dua tahun dengan kanser payudara.
“Dia telah berjuang dengan penuh berani melawan penyakit ini bersama kasih sayang dan sokongan ramai.
“Kelly akan terus dicintai dan diingati selalu. Saya akan mengambil beberapa tempoh untuk bersama dengan anak-anak yang kehilangan ibu mereka.
“Atas sebab itu, saya minta maaf sekiranya tidak mendengar khabar mengenai kami buat seketika, tetapi saya dapat rasai kasih sayang daripada anda semua,” tulisnya.
Pelakon dan hos yang kini sedang hamil anak kedua, Hanis Zalikha sehari lalu ada berkongsi memorinya menerusi Instagram.
Tambahnya, memorinya kembali mengimbau zaman kanak-kanaknya apabila melayari internet lalu terjumpa foto anak patung yang sinonom sebagai permainan kanak-kanak perempuan.
Malah dia turut bercadang mahu abadikan beberapa mainan kegemaran anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang kini berusia tiga tahun.
“Koleksi yang pernah ada. Walaupun tak banyak tapi bermakna. Semalam Google2 terus go down memory lane. I love my toys thank you Daddy & Mama. (Mostly Daddy, sebab Mama kata bazir)
“Now I try to keep some significant toys for Yusuf macam satu toy setiap tahun sampai dia besar. Mainan yang dia paling sayang. Letak dalam time capsule. Berangan ek. Nanti rumah takde space pastu semua pun gone lol,” tulisnya.
Lalu, perkongsian tersebut mendapat reaksi sama daripada pengikutnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rasa sedih saat menerima perkhabaran hiba pemergian pelakon yang juga rakan baik, Ashraf Sinclair, Fazura mengakui pada mulanya dia memikirkan ia sekadar berita palsu.
Namun selepas mendapat pengesahan daripada pengurus isteri arwah, dia mengambil masa untuk mempercayai kebenaran perit itu.
“Mendengar perkhabaran itu, saya menyangka ia berita palsu. Saya fikir, tidak mungkin.
“Tetapi apabila diberitahu, Doddy (pengurus Bunga) mengesahkannya, saya terduduk dan menangis sambil kenangan bersama Ash muncul semua.
“Ia mengambil masa sehari untuk saya mengakui hakikat bahawa dia telah pergi,” jelasnya menerusi perkongsian di Instagram.
Fazura turut mengimbau kembali kenangan berlakon bersama menerusi filem Gol & Gincu.
Jelasnya arwah bukan sekadar teman, malah menyifatkannya sebagai abang yang sentiasa memberi sekongan dan mendorongnya untuk raih kejayaan.
“Daripada set penggambaran, kami menjadi rakan perniagaan sehinggalah arwah bertemu cintanya dan memutuskan untuk berkahwin.
“Saya tak akan lupa cahaya di mata arwah apabila dia bercerita mengenai Bunga (Bunga Cinta Lestari), bagaimana dia dilamun cinta dan teruja untuk melamar.
“Ashraf adalah insan berhati mulia yang mempunyai empati terhadap insan lain dan aura positif yang mampu menerangi segenap ruang,” luahnya.
Isteri kepada Fattah Amin itu turut menitipkan ucapan takziah kepada keluarga Ashraf terutama Bunga dan anak mereka, Noah.
“Kedukaan saya hanya cebisan kecil jika dibandingkan dengan apa yang dilalui keluarga Ashraf terutama Bunga. Kenangan kamu dan Bunga yang saling mencintai, membuatkan saya menangis.
“Saya doakan kamu mendapat Husnul Khatimah dan Allah mengurniakan tempat yang indah di Jannah,” kongsinya lagi.
Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre, di Kuningan, Jakarta pada pukul 5.51 pagi waktu Malaysia.
Foto : Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki warga Australia dijatuhi hukuman penjara sembilan hari oleh Mahkamah Daerah Singapura selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan penghadang keselamatan dan berlari ke arah...