Ada yang membayangkan kerjaya seni Aweera ada turun naiknya, lebih-lebih lagi apabila dua band yang pernah disertai, Mojo dan Prime Domestic berakhir separuh jalan.
Bertemu dengan Aweera sempena pelancaran single bersama band baharunya, Pelita Lusoh, bintang ini memberitahu dia mahu bebas dalam berkarya.
“Macam percintaan, kita merancang nak kahwin tapi akhirnya putus dan kahwin dengan orang lain.
“Kita jangka yang terbaik tapi selalu ada halangan. Mungkin nawaitu tak betul,” katanya kepada MH.
Ads
Terdahulu sewaktu meninggalkan Prime Domestic, penyanyi berusia 28 tahun ini nekad mengatakan mahu berjalan solo, namun tiba-tiba kembali muncul secara berkumpulan.
“Orang cakap saya tak serupa bikin? Bukan mencipta alasan. Muzik is freedom.
“Saya lagi suka orang berkata sebab mereka tengah membina pahala saya. Mereka juga membina dosa sendiri. Saya pun pendosa.
Ads
“Untuk orang-orang yang mengata tu, teruskan mengata,” terang Aweera lagi.
Sudah lali dikeji, bekas peserta One In A Million ini bagaimanapun tidak mengambil serius selagi ia tidak mengaitkan soal keluarganya.
Ads
“Netizen semua nak jadi ustaz ustazah. Artis buang tudung pun jadi isu. Biarlah, itu hal dia dengan tuhan.
“Macam saya orang asyik cerita yang buruk, terpulang. Saya tak kisah orang cakap apa-apa tapi jangan sampai mengaitkan nama mak ayah saya,” tambahnya yang bakal merentasi 5 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Jepun dalam rangka promosi Pelita Lusoh.
Foto – Instagram Aweera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam pada itu,suaminya ,Raden Ahmad Faizal Yaakob atau dikenali sebagai Raf Yaakob turut berasa gembira atas kejayaan Mawar.
“Congratulations anje. Not many know this. And I know you’re not the kind of person who would tell everything. You will rather just keep quiet and let nature does the job for you.
“Throughout your life, you’ve been misunderstood for many reasons. They have called you with many names. But it’s ok, maafkan mereka and let them be. Tak kenal maka tak cinta kan? Your family and close friends are the one that really2 knows you inside out. So just sabar, stay humble and cheerful like you always do .
“It takes lots of courage and discipline to complete your studies while being an actress, daughter that supports own family, a wife and mum at the same time.
“But you went through it all with full dedication and penuh kesabaran,” tulis Raf.
Raff juga sempat memberikan nasihat buat isteri tercinta.
“Ingat pesan Abang ni sampai bila2…ujian dari Allah Swt diberikan kepada hamba2Nya yang terpilih dan Allah Swt takkan memberi ujian diluar kemampuan hambaNya.
“Dan jangan kita lupa bersama ujian itu, ada juga pertolongan dan peningkatan yang Allah Swt dah janjikan pada kita. Look at where you are today! Alhamdulillah.
“Today is your convocation day. I just wanna say that I AM VERY PROUD OF YOU MY LADY .
“You must know that selagi Abg masih bernyawa, I’ll always be by your side and support you in whatever you do.
“And Abg sentiasa doakan supaya anje terus sukses dan berjaya dalam hidup. Ameen Allah Humma Ameen. Congratulations again from me. Love, your sweet Raden,” akhiri Raf.
Dalam perkembangan lain, kedua-dua pasangan ini menanti detik terindah menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Apa-apa pun,tahniah buat Mawar diatas kejayaan ini!
Foto: IG Mawar,Raf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siti Nordiana yang kini sedang berada di Jepun terkejut apabila ada di kalangan netizen yang membuat spekulasi yang bukan-bukan mengenai pemergiaannya ke Negara Matahari Terbit itu.
Rata-ratanya rancak membuat spekulasi apabila pelakon dan hos, Zoey Rahman turut dilihat menemani penyanyi terbabit ke sana.
Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana bagaimanapun menafikan dirinya ada melakukan sebarang hal berkaitan dengan persiapan perkahwinan.
Katanya ketika dihubungi MH, Nana menjelaskan, dia ke Jepun bagi memenuhi jemputan AirAsia dan pada masa sama, sempat melakukan beberapa projek terkininya.
“Lambat lagi nak shoot pre-wedding dekat sini. Tak ada maknanya. Saya sebenarnya dipelawa pihak AirAsia dan pada masa sama, saya ambil peluang untuk melakukan penggambaran travelog sendiri. Itu pun biasa-biasa saja,” seloroh Nana.
“Kisahnya nanti akan disiarkan di saluran YouTube saya sendiri dan pemergian saya ke sini bukanlah bertemankan Zoey seorang, tetapi team Siti Nordiana lainnya juga.
“Ramai sedia tahu saya dan dia sudah lama berkawan dan tak lebih daripada itu. Apa pun, macam manalah nak kahwin, boyfriend pun tak ada,” jelas penyanyi Nisan Cinta ini yang bakal pulang ke tanah air Jumaat ini.
Foto: Instagram Siti Nordiana / Zoey Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengarah Liyana Jasmay terkilan dengan sikap segelintir pemain industri seni yang didakwa gemar menjatuhkan orang lain serta kurang selesa apabila melihat individu lain mencapai kejayaan.