
Seorang wanita dikenali sebagai Fatin Junaidi telah menjadi viral sekelip mata apabila tweetnya tersebar di media sosial berkaitan perubahan dirinya pernah bergelar pengkid kini menjadi wanita sejati.
Dia telah memuat naik tweetnya itu menerusi @atynjunaidi di twitternya.

Fatin yang juga seorang pramugari di syarikat penerbangan Malindo Air telah berkongsi gambarnya ketika zaman remaja ialah seorang pengkid.



Menariknya , dia kini telah berkahwin dengan jejaka idamannya.




Rata-rata netizen terkejut dengan perubahan wanita berusia 20-an itu.


Setiap manusia mempunyai masa lampau masing-masing.
Jadi, janganlah kita mudah menghukum mereka kerana mereka juga perlukan masa untuk berubah kearah kebaikan.
Twitter : Fatin Junaidi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Seorang guru diheret ke sepanjang jalan dengan hanya mengenakan seluar dalam selepas dipercayai telah merogol pelajarnya sendiri hingga hamil. Insiden gempar itu difahamkan berlaku di Eluru, daerah Godavari Barat di negeri Andhra Pradesh.
Situasi memalukan itu turut dirakamkan orang awam dengan menggunakan telefon sebelum dikongsi ke media sosial. Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku beberapa hari lalu.
Selain diheret untuk berarak ke sepanjang jalan untuk ke balai polis berhampiran, individu tersebut juga dikatakan turut dipukul kira-kira 15 lelaki sebelum dibukankan baju dan seluarnya.
Terdahulu, guru berusia lewat 30-an itu juga telah didakwa memberikan pil menggugurkan kandungan kepada mangsa selepas memperkosa pelajar berusia belasan tahun itu.
Malah, keluarga mangsa menyedari perkara itu selepas dia mengalami pendarahan yang teruk dan pelajar malang itu kemudiannya mendedahkan perbuatan guru berkenaan.
“Dia hampir menemui ajal akibat pendarahan itu. Apabila kami tahu tentang perkara itu, kami tidak berdiam diri dan terus menangkapnya,” kata salah seorang sumber.
Setibanya di balai, guru terbabit ditahan selepas mengakui telah melakukan perbuatan hina itu.
Sumber: Daily Mail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
![[VIDEO] Instafamous Syafiqah Aaina Buat Kejutan Buat Suami, Naik Helikopter Okay! 31 [VIDEO] Instafamous Syafiqah Aaina Buat Kejutan Buat Suami, Naik Helikopter Okay!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/08/mediaed.png)
Instafamous Syafiqah Aaina telah membuat kejutan buat suaminya, Hafiz Mahamad sempena ulang tahun kelahiran ke-25, semalam.
Bintang media sosial itu juga telah memuat naik video tersebut di akaun Instagramya.
A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on
Dengan perasaan terharu, Hafiz turut berterima kasih kepada isterinya atas kejutan tersebut dan telah memuat naik gambar di Instagramnya.
“My wife . Thank you so much untuk 4 surprise yang awak buat.
Hadiah paling bermakna tahun ni untuk saya bila dapat tengok. Isteri saya berusaha keras untuk bahagiakan saya sebaik mungkin,” tulisnya.
A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on
A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on
Rata-rata netizen telah meningglkan komen dalam ruangan gambar tersebut.
Wah! Sweet betul pasangan ini, kan?
Semoga kekal hingga akhir hayat dan happy belated birthday Hafiz.
IG : Syafiqah Aaina, Hafiz Mahamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
Sudahlah Dinoda Dan Diseksa, Bahagian Badan Gadis Malang 17 Tahun Ini Turut Dicacah Tatu!

Kemarahan tercetus di kalangan penduduk tempatan dan kawasan sekitarnya di Rabat, Maghribi selepas media tempatan melaporkan seorang remaja perempuan malang berusia 17 tahun telah diculik dan diseksa sekumpulan lelaki. Lebih menyedihkan, remaja tersebut turut dipercayai telah dicabuli individu sama.
Difahamkan sejak Isnin lalu, lebih lebih 12,000 orang menandatangani petisyen bagi mendesak kerajaan di bawah Raja Mohammed VI untuk memberikan bantuan perubatan serta rawatan psikologi selepas video keadaan mangsa tular menerusi media sosial.
Menerusi video yang disiarkan saluran Shoof, mangsa mendakwa dia diculik di bandar Olad Ayad, wilayah Beni Mellal, kira-kira dua bulan lalu. Pada masa sama, gadis itu juga didakwa telah diperkosa secara bergilir-gilir, dicucuh rokok bahkan beberapa bahagian tubuhnya turut dicacah ditatu.
Antara bahagian tubuh mangsa yang dicacah tahu ialah belakang leher, tangan, lengan dan betis.
“Mereka mengurung saya selama dua bulan dan saya diseksa dengan teruk. Saya tidak akan maafkan mereka. Mereka telah hancurkan hidup saya,” katanya seperti yang dipetik Sinar Harian menerusi laporan Al-Jazeera.
Sementara itu, menurut bapa mangsa, tiga suspek telah ditahan pada Sabtu dan perbicaraan mereka dijadualkan bermula awal September ini. Sebagai tanda sokongan, netizen turut dedikasikan hashtag #weareallKhadija khusus bagi mengetengahkan isu keganasan ke atas wanita di negara Afrika Utara.
Foto: The Independent UK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

