Pelakon, Norish Karman baru-baru ini berkongsi mengenai hijrah dengan mula kenakan hijab sejak Februari lalu.

Pelakon berkenaan meluahkan perkongsiannya menerusi aplikasi ‘question’ di Instagram.

“Menyesal Amat Sangat Tak Hijab Lama Dulu,” – Norish Karman

IKLAN

“Bapa Ustaz Karman lama dah latih kami adik beradik segala asas malah setinggi-tinggi pendidikan agama. Semua adik beradik dah berhijab hanya saya layan duniawi.

“Semua sahabat-sahabat dan anak-anak tahu saya sangat tegas dalam bab solat dan perkara berkaitan agama, dari kecil tak akan keluar tanpa solat dhuha dan Yaasin serta anak-anak tak boleh tidur sebelum solat sunat dan Al-mulk/al-waqiah.

“Hanya hijab yang mempamerkan kejahilan saya dan saya berhijab pada 23 Februari hadiah untuk bapa yang lama menunggu tanpa sedikit amarah pun.

“Nyesal amat sangat tak berhijab lama dulu, pada semua anak-anak perempuan, berhijablah demi bapa kita demi ALLAH SWT kerana seksaan terhadap bapa kita dan diri sendiri sangat perit,” tulisnya.

Tambahnya lagi, Norish turut melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan keluarga yang kaya dengan ilmu agama dan membimbingnya dengan baik.

“Iman itu bukan ketika berhijab semua kealiman dan ilmu agama diserap terus melalui tudung…no!

“Ilmu agama itu sudah semestinya dipupuk ,dididik diterap dari kecil lagi… Alhamdulilah aku dikurniakan seorang bapak yang sanga kaya dengan ilmu agama dan pendirian hidup yang sangat mewah dengan panduan Quran,Ustaz Karman

“Dia telah banyak mendidik segalea ilmu agama yang ada padaku dan adik-beradik. Pada usia enam tahun bapa dah guna rotan kalau tak solat dan puasa.

” Tujuh tahun dah kena diri atas kerusi untuk hafal Muqaddam, Ayatul Qursi,Surah Yusoff, lapan tahun dah kena hafal makna Yaasin kemudian perlahan2 hafalkan surah Yaasin setiap hari Khamis kami dimestikan solat berjemaah dan Yaasin beramai-ramai atau kena hukum.

“Sembilan tahun kena paksa bertanding berzanji, syarahan agama masa Maulidur Rasul di majlis-majlis ilmu dan juga di masjid.

“Waktu petang kena pegi sekolah agama Isnin sampai Khamis lepas balik dari sekolah sekular. Bila balik rumah,ramai org datang belajar agama dengan bapa dan ramai juga yang bapa bantu didik untuk peluk agama Islam.

“Jadi dulu bapa serahkan pada saya tugasan mengajar Syahadah dan Muqaddam untuk yang baru mula class, berpuluh-puluh tahun dididk jangan miss solat Sunat sebelum Subuh,jangan lambatkan Subuh, lepas solat Subuh cuba baca Yaasin sekali.

“Jangan ‘miss’ Dhuha walau ape sekalipun dua rakaat atau lapan rakaat paling best bapa pesan, lepas Dhuha cuba Yaasin satu hingga tiga kali jika mampu.

“Itu semua lah yang saya laksanakan setiap hari dan dari anak-anak saya kecil saya dah didik anak-anak semua cara yang sama bapa didik saya.

“Ermm…saya saya saya lebh tegas kepada anak saya sebagaai seorang ibu tunggal kerana netizen akan sentiasa mencari kesalahan saya dalam mendidik anak-anak.

“Almaklum rumah takde ‘father figure’ jadi orang-orang selalunya bertanggapan bahawa anak-anak yang bercerai ibu bapa pasti punyai akhlak yang tidak baik, gagal dalam pelajaran dan banyak lagi tanggapan negatif yang kini saya tangkis dengan segala usaha mendidik anak-anak dengan sepenuh hati dan didikan agama yang saya dahulukan.

“Ya, sampai saya hilang segalanya karier, hilang kawan-kawan duniawi, hilang harta dunia hanya kerana saya berkorban demi masa jiwa raga untuk tumbesaran anak-anak senantiasa dalam pengawasan saya.

“Satu-satunya penyesalan saya? Lambat berhijab…. sepatutnya lama dulu saya buat,” kongsinya.

View this post on Instagram

Iman itu bukan ketika berHijab semua kealiman dan ilmu agama diserap terus melalui tudung..:NO !! Ilmu agama itu sudah semestinya dipupuk ,dididik diterap dari kecil lagi… Alhamdulilaaah Ku dikurniakan seoramg Bapak yggvsgtvkaya dgn Ilmu agama dan pendirian hidup yg sgt mewah dgn panduan Quran ,Ustadz Karman yg telah byk mendidik sgale ilmu agama yg ada pd ku dan adikberadik… Pada usia ,6tahun Bapak dah guna rotan kalo tak solat dan Puasa.. 7tahun dah kena diri atas kerusi utk hafal Muqaddam , Ayatul Qursi,Surah Yusoff , 8tahun dah kena hafal makna Yaasin kemudian perlahan2 hafalkan surah Yaasin setiap hari Khamis kamindimestikan solat berjemaah dan Yaasin beramai2…atau kena hukum? 9tahun kena paksa bertanding Berzanji,Syarahan agama masa Maulidur Rasul di majlis2 ilmu dan juga di Masjid… Waktu ptg kena pegi Sekolah agama Isnin sampai Khamis lepas balik dari sekolah circular… Bila balik rumah ,ramai org dtg belajar agama dgn Bapak dan ramai juga yg Bapak bantu didik utk peluk agama Islam,jadi dulu Bapak serahkan pd me tugasan mengajar Syahadah dan Muqaddam utk yg baru mula class…. Berpuluh2 tahun dididk JGN miss solat Sunat sblum Subuh ,jgn lambatkan Subuh ,lepas solat Subuh cuba baca Yaasin sekali… JGN miss Dhuha walau ape sekalipun 2rakaat atau 8rakaat paling best Bapak pesan…lepas Dhuha cuba Yaasin 1-3x jika mampu… itu semua la yg me laksanakan setiap hari dan dari anak2 me kecil me dah didik anak2 semua cara yg sama Bapak didik me…. ermm i think im more stern n strict to my children as a single mum d world constantly eyein for my mistakes in raising my kidz almaklum rumah takde Father figure jadi org2 selalunya bertanggapan bhw anak2 yg bercerai ibu bapa pasti punyai akhlak yg tidak baik, gagal dlm pelajaran dan byk lagi tanggapan negative yg kini me tangkis dgn sgale usaha mendidik anak2 dgn sepenuh hati dan didikan agama yg me dahulukan… iyer sampai me hilang sgalenya career ,hilang kwn2 duniawi, hilang harta dunia hanya krn me berkorban demi masa jiwa raga utk tumbesaran anak2 senantiase dlm pengawasan me…. My One & biggest regret ?? Lambat berHijab??? Sumtg i shuld hv done long agO…. #hidayahituindah #cintaBapa

A post shared by NORISH KARMAN (@norishkarman) on

IKLAN

Harapnya, perkongsian Norish ini mampu memberi inspirasi terutama kepada mereka yang baru berhijab dan semoga Norish sentiasa istiqamah.

IKLAN

Foto: Instagram Norish Karman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI