Pelakon dan model terkenal, Alicia Amin kebelakangan ini kerap berkongsi momen mesra bersama suami, Farzan Iqbal di laman media sosial Instagram.
Bukan itu sahaja, Alicia atau nama lengkapnya Raja Alicia Raja Amin juga dilihat sangat bahagia sebagai pasangan pengantin baru bersama suaminya yang difahamkan seorang doktor.
Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie mengakui berasa sangat teruja selepas memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki tanggal 18 Januari lalu.
Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, bayinya itu kini berada dalam keadaan yang baik manakala isterinya pula baru sahaja habis tempoh berpantang.
“Baby alhamdulilah sihat, semuanya okay. Saya syukur semuanya baik-baik sahaja. Doakanlah semoga baby boy saya ni cergas, bijak dan comel.
“Saya harapkan semoga dia tiada sebarang gangguan kesihatan dan lain-lain masalah.
“Dia lahir pada tanggal 18 Januari lalu. Isteri saya juga dah semakin sihat. Dia dia dah habis pantang,” katanya kepada MH.
Tambah penyanyi yang sinonim dengan lagu Tragedi Oktober ini lagi, dia sangat bersyukur kerana Allah SWT masih memberikannya peluang untuk menimang cahaya mata meskipun mengakui berdepan sedikit cabaran untuk menjaga kandungan isterinya, khasnya pada situasi pendemik ini.
“Saya umur 53 dapat anak. Alhamdulillah Allah nak bagi rezeki dekat situ. Dalam PKP ni kita kurang rezeki lain dan rezeki paling besar buat saya adalah anak.
“Tugas saya sekarang untuk mendidik anak-anak kerana dia lahir dalam keadaan pendemik. Isteri saya juga paranoid pada awalnya.
“Kepayahan untuk menjaga anak-anak ketika pendemik ini akan saya kenang dalam sejarah hidup saya. Saya akan simpan sejarah ni dan nanti saya akan cerita dekat anak saya,” katanya lagi.
Awie yang juga merupakan vokalis kumpulan rock, Wings itu berkata sedemikian sewaktu ditemui ketika sesi pengambaran MHthrowback di kediamannya baru-baru ini.
Selepas hampir 12 tahun tidak menimang cahaya mata, Awie mendedahkan rutin hariannya juga telah berubah namum tetap menyifatkan ia sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
“Sara rasa enjoy sebenarnya selepas hampir 12 tahun saya tak timang cahaya mata. Bila dapat pegang tu seronok dia lain macam. Ini satu tanggungjawab yang seronok buat saya.
“Rutin dia setiap malam saya akan dodoikan anak. Saya layankan dia sampai dia terlena kemudian baru saya bagi pada isteri saya. Tiadalah yang lain sangat sebab saya memang sukak budak budak.
“Isteri saya melahirkan baby boy secara pembedahan. Sepanjang proses tersebut saya tengok. Saya tak pernah miss untuk sambut anak saya. Kesemua enam anak saya disambut oleh satu doktor. Saya tak cari doktor lain,” katanya lagi.
Terdahulu, Awie dan isterinya, Datin Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 Oktober 2016 dan ini merupakan anak pertama hasil perkahwinan mereka.
Sebelum ini, Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.
Selepas perkahwinan mereka gagal, Awie bernikah pula dengan Rozana Misbun yang juga merupakan adik kepada pelakon, Haliza Misbun pada tahun 2006.
Hasil perkahwinan tersebut, Awie dikurniakan pula tiga orang cahaya mata dua orang lelaki dan seorang perempuan.
Sumber: Instagram Datuk Awie & Datin Ladyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menzahirkan rasa syukur kerana sudah cuba menyampaikan lagu Peluang Kedua dengan seadanya, meski mengakui apa yang berlaku tidaklah seperti yang dijangka.
Malah jelas Nabila ketika ditemui sejurus berakhirnya Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), dia bagaimanapun mengharapkan apa yang trending adalah hal yang baik-baik.
Terdahulu, ada pengguna media sosial yang mendakwa nyanyiannya terkucil pada bahagian tertentu, yang sekali gus menjadi bualan.
“Alhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai. Walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang sudah saya sampaikan malam ini (semalam).
“Terima kasih kepada pasukan saya. Semua kerja keras datang daripada mereka. Ini bukan pengakhiran, selepas ini ada ada lagi rezeki yang lebih besar, Insya-Allah.
“Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada pihak TV3 atas peluang yang diberikan dan kepada pasukan saya yang selalu memberikan sokongan.
“Sudah tentu boleh diperbaiki lagi. Tetapi persembahan tadi yang terbaik untuk saya. Mungkin sebelum ini saya tak pernah sangka yang saya dapat buat persembahan seperti itu,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Sementara itu Nabila turut menjelaskan, masalah suara yang dihadapi semakin sembuh cuma mengambil masa untuk benar-benar pulih sepenunya.
“Saya berharap, selepas ini apabila pandemik beransur pulih, keadaan kembali seperti biasa dari segi jemputan persembahan dan kerjaya seni.
“Bercakap mengenai keadaan kesihatan, ia semakin baik. Sudah sembuh, tapi ia ambil masa untuk betul-betul pulih.
“Apa yang berlaku kepada saya, saya tak perlu nak jadikan sebab untuk cerita kepada orang. Apa yang saya letakkan malam ini (semalam) adalah persembahkan yang orang nanti-nantikan.
“Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaan semua orang yang menantikan persembahan Peluang Kedua dari saya sendiri,” katanya lagi.
Ditanya apakah yang menguatkan dirinya untuk melakukan persembahan di pentas AJL35 selepas mengharungi beberapa siri kontroversi sebelum ini, Nabila mahu sebagai yang dipetik menambah, dia hanya mahu menjadi yang terbaik untuk majukan diri.
“Untuk saya, ia bukannya untuk mereka. Semua yang saya lakukan adalah untuk diri sendiri. Ia kerja keras dari team saya sendiri.
“Saya menghadiri kelas vokal dan sebagainya. Ia sebenarnya lebih kepada untuk memajukan diri saya.
“Tahun 2021, macam-macam perkara yang terjadi. Sentiasa bangun dan menjadi versi yang terbaik untuk diri saya,” katanya.
Sementara itu, Gila yang dinyanyikan Kaka Azraff, Noki dan Loca B ciptaan mereka bersama Ezra Kong diumumkan juara utama AJL35 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shah Alam itu.
Mereka memenangi trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.
Sementara itu, video persembahannya turut menjadi trending di YouTube dengan menerima lebih 400,000 tontonan sehingga kini.
Dalam satu video yang dikongsi di akaun Nabila Razali Official FC, penyanyi ini
“Terima kasih banyak-banyak atas sokongan korang dan saya minta maaf kalau tidak dapat buat korang happy malam ni.
“Nanti kita jumpa kat luarlah kalau ada rezeki Insya-Allah. Thank you so much korang, Bella tahu korang sentiasa doakan untuk Bella, Bella je selalu hampakan korang,” katanya sambil berazam untuk berikan yang lebih baik selepas ini.
Anggota kumpulan Forteen, Ameerais Azhar telah berkongsi berita gembira apabila isteri tercinta telah selamat melahirkan anak keduanya, pada jam 7.52 pagi tadi secara normal.
Ameerais atau lebih mesra dengan panggilan Ameer berkongsi khabar gembira itu menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
“Bissmilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah… Kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
“Putera kedua kami telah selamat dilahirkan pada hari selasa, 2 March 2021 bersamaan dengan 18 Rejab 1442 Hijrah pada jam 7.52 pagi tadi secara normal. Seberat 3.77kg,” tulisnya.
Di samping itu, Ameer menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat yang telah mendoakan kesejahteraan isteri serta bayi lelaki yang baru dilahirkan.
“Doakan semoga ibu & baby sihat sentiasa dan dipermudahkan urusan.Terima kasih atas titipan doa dari kalian. Semoga doa yang baik2 berbalik pada kalian juga.
“Insya Allah… Aamiin Yrb Welcome to the world #BabyN #FatherOfTwoBoys #NoahDahBigBro,” tulisnya lagi.
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...