“Mengenangkan Apa Yang Papa Rasa Kalau Dia Ada Depan Faz Sekarang, Bila Anak Perempuan Tunggalnya Bakal Lahirkan Anak Pertama,” – Sempena Hari Jadi Arwah Bapa, Fazura Titip Doa & Rindu
Fazura ada menitipkan dedikasi teristimewa bersempena ulang tahun kelahiran arwah bapanya, Sharifuddin Adnan.
Memuat naik foto sekuntum bunga mawar putih sebagai simbolik mengenang insan teristimewa dalam hidup, permaisuri hati kepada pelakon, Fattah Amin ini menzahirkan rasa.
Kongsinya, dia rasa sayu apabila mengenangkan apakah perasaan Papa (panggilan buat arwah bapa) andai mengetahui anak perempuan tunggalnya itu bakal melahirkan anak pertama tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Fazura bersyukur kerana masih terus dapat berdoa buat Allahyarham.
Perkongsian rasa tersebut dibuat bintang Pisau Cukur ini menerusi Instagram, pada Rabu.
“Hari ni merupakan hari lahir Allahyarham Papa. He would have been 64 today.
“Tahun ni rasa sayu yang luarbiasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan Faz sekarang bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama. Rindu tak terkata.
Ads
“Tapi Faz tetap rasa dekat dengan Papa, syukur selalu dapat berdoa untuknya. Pohon Faz jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham papa, Sharifuddin bin Adnan,” tulisnya.
Bakal ibu ini pada masa sama turut bersedih atas pemergiaan teman baik arwah bapanya yang sudah dianggap sebagai bapa saudara sendiri.
Ads
“Semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT. Faz turut bersedih atas pemergiaan teman baik arwah Papa yang sudah dianggap seperti bapa saudara Faz.
“Beliau telah berhijrah ke alam abadi lewat subuh semalam, sehari sebelum hari lahir Papa. Mari kita sama-sama mendoakan agar roh Mohamed Amin Bin Hussin dicucuri rahmat.
“Semoga isteri dan anak-anak yang dikasihi dikurniakan kekuatan dan ketenangan untuk melalui hari-hari yang akan datang,” kongsinya panjang lebar.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat menitipkan doa di ruangan komen serta bacaan al-Fatihah buat insan yang telah pergi buat selamanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah bebas, Imam Muda Hassan menjelaskan bagaimana perbezaan karektor suami dan isteri dalam melayari bahtera perkahwinan.
Ulasnya, otak lelaki dan wanita berbeza daripada segi fungsi dan proses, malah dia menjelaskan keadaan wanita sangat kompleks. Walaupun dalam keadaan berehat, mereka masih ligat berfikir namun ia berbeza dengan lelaki.
“Kenapa jadi macam ni? Sebab otak laki time rehat, dia flat habis. Otak perempuan time rehat, dia rehat tetap rehat tapi otak dia masih berjalan lagi.
“Oleh sebab tu, isteri jangan marah suami kalau anak menjerit suami tu tak sedor-sedor.
“Suami pula jangan marah isteri kalau dia kata nak rehat tapi mulutnya masih terkumat-kamit cakap itu ini. Sabar ye.
“Itu lah keindahan hidup berumahtangga saling melengkapi, Hassan Adli
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bakal melancarkan album terbarunya berjudul MenifestaSITI2020 pada 3 Julai 2020 nanti.
Menurut Datuk Siti atau lebih sinonim dengan panggilan Tok Ti, album tersebut adalah simbolik yang merujuk kepada idea, pemikiran dan pendirian yang ingin dizahirkan olehnya.
“ManifestaSITI2020. Idea yang diwujudkan. Pemikiran yang diperlihatkan. Perasaan yang dijelaskan.
“Pendirian yang dinyatakan. Keinginan yang dizahirkan.
“Album terbaharu @CTNurhaliza11
3 Julai 2020 #ManifestaSITI2020,” tulisnya.
Pengumuman tersebut turut disertakan dengan video teaser yang berdurasi 14 saat dan difahamkan ia sudah dimuat naik di seluruh digital platform penyanyi tersohor itu.
Sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat, rata-rata peminat teruja tak tidak sabar untuk menunggu tanggal 3 Julai nanti.
Pada masa sama, mereka juga mendoakan semoga album terbaru penyanyi lagu 7 Nasihat ini akan sukses seperti album-album sebelumnya.
Untuk rekod, kali terakhir Siti menghasilkan album adalah pada tahun 2017 lalu, menerusi SimetriSiti.
Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program hiburan realiti nyanyian terbaru, Suara Viral bakal menemui penonton. Istimewanya, 10 barisan peserta terpilih mempunyai kerjaya tersendiri, namun, bakat suara yang dimiliki bukan biasa-biasa lagu pernah mencetuskan sensasi di dunia maya.
Bakal bersiana menerusi Astro Prima, ia bakal menyaksikan mereka saling bersaing menerusi pentas yang lebih besar.
Kesemua mereka terdiri daripada enam peserta lelaki dan empat peserta wanita yang akan berentap mendapatkan gelaran juara menerusi persembahan mereka selama lapan minggu bermula esok.
10 peserta terlibat termasuk Bobby (Rider), Bella (Eksekutif Perhubungan Awam), Boy (Krew Studio), Jerry (Setiausaha), Soffwany (Polis) dan Azrul (Pegawai Lalu Lintas).
Sementara empat lagi peserta ialah Farid (Jurutera Mekanikal), Sulastrie (Polis), Ameem (Eksekutif) dan Farah (Tentera).
Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata, kesemua mereka berjaya melayakkan diri selepas menjalani sesi ujibakat yang diadakan Februari lalu.
“Kami ingin mengangkat bakat yang sebelum ini sekadar tular di media sosial dan bidang pekerjaan masing-masing ke skala yang lebih besar di platform televisyen pula.
“Lebih kurang 200 orang yang hadir ke sesi ujibakat. Mereka yang hadir mempunyai profesion tersendiri antaranya guru, tentera dan polis,” katanya pada sidang media Suara Viral secara virtual.
Menampilkan Datuk AC Mizal selaku hos, Suara Viral turut menampilkan penyanyi Misha Omar dan Akim Ahmad sebagai juri tetap.
Mengulas lanjut mengenai program tersebut, Datuk AC menyifatkan konsep yang diketengahkan ini berbeza daripada rancangan hiburan seumpamanya.
“Menerusi nyayian awal ketika sidang media, saya dapat lihat ada kelainan daripada segi konsepnya. Ada yang pernah belajar dan sebaliknya.
“Akan tetapi andai mereka ambil apa yang dipelajari sepanjang program Suara Viral sepanjang lapan minggu bersiaran dan andai kata menjadi juara ia suatu yang baik sebab memang banyak beza di antara nyanyian yang viral menerusi video dan menyanyi di atas pentas.
“Tekanan yang dirasakan memang lain dari lain termasuk dari segi komen netizen dari minggu ke minggu. Nasihat saya adalah jadi profesional sebab kita tidak memaksa peserta untuk menyanyi. Mereka sendiri yang hadir.
“Menyanyi di atas pentas itu memang sukar dan banyak perkara yang kalian perlu belajar. Bukan saja dari segi nyanyian, tetapi juga dalam sisi teknikal, imej dan sebagainya. Anda sendiri yang nak menyanyi dan pastikan cari ilmu seterusnya buat yang terbaik,” katanya.
Misha Omar pula akui kuasa viral yang wujud boleh memberi impak yang baik dan sebaliknya.
“Kuasa viral ni boleh bawa kita ke arah positif dan negatif. Oleh kerana netizen boleh berikan respon secara langsung, ia buatkan kita yang bertanding berada di dalam tekanan.
“Apa pun, viral ke tidak ke, kita ingin jadi penyanyi yang baik itu yang paling penting. Kena tetapkan dalam hati apa yang kalian mahukan,” jelasnya.
Selain itu, seramai lapan orang Juri Duduk Rumah juga akan mengadili persembahan mereka yang terdiri daripada penyanyi Idayu, Bob Yusof, Sissy Imann, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain dan Ngektsai (influencer), serta pengamal media, Niezam Abdullah dan Sudyr Tahir.
Format penjurian 70 peratus daripada juri tetap, manakala 30 peratus lagi juri di rumah.
Malah, setiap minggu juga akan ada penyingkiran bagi peserta yang mendapat markah terendah.
Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) setiap Rabu bermula 17 Jun ini pada pukul 9 malam.
Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi ‘Jom Intai Suara Viral’ yang akan ditayangkan pada Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang bermula 15 Jun lalu.
Penonton juga serta boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.
Sidang Media 'Suara Viral' sedang berlangsung sekarang secara virtual di platform digital.Program realiti 'Suara Viral' terbitan Astro Prima bakal menampilkan barisan pelantun suara yang pernah tular dalam bidang kerjaya masing-masing di media sosial.Antara selebriti tanah air yang menjadi tarikan utama program ini termasuklah Dato' AC Mizal, Misha Omar, Akim Ahmad, Marsha Milan, Idayu, Bob Yusof, Sissy Iman, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain serta ramai lagi.Jangan lupa saksikan konsert mingguan 'Suara Viral' yang bakal ditayangkan secara eksklusif pada setiap hari Rabu, jam 9 malam di Astro Prima (125) & Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun 2020.
Perjalanan Linda Jasmine dan Ratu dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2) terhenti apabila mereka diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu keenam, malam...