Pesona bintang berkulit hitam manis yang memegang kewarnageraan Kenya dan Mexico ini mulai menyerlah selepas memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Oscar 2014 lalu. Sejak itulah, sinaran bintang ‘si intan terpilih’ ini di dalam dunia lakonan kian dipandang tinggi, setaraf dengan pelakon popular lain.

Malah, atas tiket keunikan eksotik yang dimilikinya, pemilik nama lengkap Lupita Amondi Nyong’o turut dikenali sebagai angkatan selebriti muda yang bijak berfesyen. Jadi tidak hairanlah sekiranya bintang ini kerap dipilih pencinta fesyen sebagai antara aktres yang sentiasa peka perihal penampilan setiap kali melewati karpet merah.

Mengapa Pelakon Black Panther, Lupita Nyong’o Ini Digelar Sebagai ‘Si Intan Terpilih’?

Merakam memori perjalanan lakonannya, Lupita yang pernah mendapat pendidikan asas lakonan di Yale School of Drama ini pada awalnya terlibat di belakang tabir sebagai krew produksi sebelum ditawar berlakon di dalam sebuah filem pendek berjudul East River arahan Marc Grey.

Lalu, pendedahan yang diterimanya dalam lakonan memberi inspirasi buatnya untuk terus melangkah dengan mengarahkan beberapa program sendiri di Kenya selain terlibat di dalam beberapa rancangan televisyen di negara berkenaan.

Mengapa Pelakon Black Panther, Lupita Nyong’o Ini Digelar Sebagai ‘Si Intan Terpilih’?

IKLAN

Pada tahun 2013, dia memberanikan diri menghadiri sesi uji bakat pencarian pelakon untuk  filem 12 Years a Slave yang akhirnya memberi tuah tersendiri buat Lupita. Keberkesanan lakonannya yang memegang watak sebagai Patsey dipuji ramai, filem arahan Steve McQueen itu juga berjaya menggondol tiga anugerah di Oscar empat tahun lalu.

Melihat kepada kejayaan yang dikecapinya kini, Lupita yang muncul menerusi filem yang dinanti-nantikan. Black Panther Februari lalu mengakui bukan senang untuk mengukir nama di Hollywood, apatah lagi apabila mengenangkan warna kulitnya berbeza daripada majoriti aktres sedia ada.

Mengapa Pelakon Black Panther, Lupita Nyong’o Ini Digelar Sebagai ‘Si Intan Terpilih’?

Berkongsi mengenai penglibatannya di dalam filem super hero, Blank Panther pula, Lupita yang memegang peranan sebagai Nakia. Selainnya, turut sama berlakon di dalam filem berkenaan ialah Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Danai Gurira dan ramai lagi.

IKLAN

“Ya, rasanya bukan saya seorang, tetapi semua pelakon terlalu teruja apabila filem ini ditayangkan. Kami tunggu lama untuk momen ini dan bersyukur apabila terlibat dalam filem sehebat ini.

 

Black Panther adalah sebuah filem yang boleh ditonton semua orang kerana filem ini bukanlah sesuatu yang bersifat individualistik,” katanya menerusi sebuah temu bual.

Mengapa Pelakon Black Panther, Lupita Nyong’o Ini Digelar Sebagai ‘Si Intan Terpilih’?

Selepas Black Panther, aktres yang mula terlibat dalam seni sejak tahun 2005 ini bakal muncul menerusi filem Little Monsters yang masih berada di peringkat pos-produksi.

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI