“Mendoakan Agar Allahyarham Diterima Sebagai Mati Syahid Angkara Wabak,” – Sahabat Meninggal Dunia Akibat Virus, Ini Doa & Ucapan Takziah Pak Nil

Share

Kementerian Kesihatan mengumumkan empat kes kematian akibat wabak Covid-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak lapan orang dan Datuk Aznil Nawawi mengesahkan salah seorang mangsa merupakan sahabatnya.

Jelasnya, Allahyarham Idris Bin Atan kembali ke rahmatullah sekitar pukul 3.30 petang tadi.

Bintang yang sinonim disapa Pak Nil itu turut berdoa agar arwah ditempatkan di kalangan para syuhada sebagai mati syahid angkara wabak.

“Dukacita dimaklumkan sahabat #paknil Idris Bin Atan telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 3:30ptg tadi.

“Sesiapa yg mengikut siaran Live Paknil di IGTV semalam pasti tahu tentang penderitaan Allahyarham menghadapi serangan virus Covid19.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama2 para syuhadah dan keluarga beliau kuat melalui detik kesukaran ini. AlFatihah (Dibaca).

“Diharapkan followers Paknil turut mendoakan agar Allahyarham diterima sebagai mati syahid angkara wabak. Amin

“Nantikan Paknil bersiaran Live di IGTV kul 9mlm nanti untuk perincian mengenai pemergian Allahyarham,” kongsinya.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Foto : Instagram Aznil Nawawi

IKLAN