Pemenang tempat naib juara dalam pertandingan Mentor Legend 2014, Aina Abdul tidak menafikan perjalanan kerjanya seninya tidak lah berjalan lancar dengan baik sejurus tamatnya program realiti berkenaan lebih lima tahun lalu.

Lalu Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani memberitahu dia pernah rasa tertekan dan ralat kerana perjalanannya dalam bidang nyanyian bergerak perlahan, tidak seperti yang dirancang.

Bagaimanapun, atas dasar minat bintang berusia 26 tahun ini tetap gigih menongkah arus demi merealisasikan cita-cita dalam bidang seni suara khasnya.

“Jujur, saya tak tahu dimana silapnya tetapi kerjaya nyanyian saya malap selepas tamatnya program terbabit.

“Malah akui, saya pernah rasa sedih, tertekan dan rendah diri apabila melihat rakan-rakan lain mara ke hadapan sedangkan saya berada di tempat sama,” kata Aina kepada MH.

Namun dia kini bagaikan mendapat kekuatan baru muncul dengan single terbaru berjudul Sumpah.

IKLAN

“Pengalaman saya ketika mengalami momen menyedihkan itu saya gunakan untuk bangkit dengan Sumpah. Biarpun lambat, saya tak kisah kerana saya yakin dengan bakat yang dipertaruhkan.

“Harapnya Sumpah akan dapat  memperkenalkan nama saya dalam industri dan membuka mata orang ramai untuk melihat bakat dipertaruhkan,” katanya yang sebelum ini tampil dengan single Inggeris berjudul Shadow.

IKLAN

Aina terdahulu ditemui media pada majlis pelancaran single Sumpah di The Majapahit, Mont Kiara.

Selain melancarkan single, Aina juga melancarkan muzik video Sumpah yang menampilkan pelakon dan pengacara Qi Razali di samping mengangkat kisah individu penghidap Schizophrenia.

Ditanya mengapa mengambil kisah tersebut sebagai latar penceritaan menerusi muzik video Sumpah, Aina punya jawapannya sendiri.

IKLAN

“Saya tiada masalah tersebut tetapi ada juga kenalan yang mempunyai masalah yang hampir sama, seperti depresi. Sebab saya faham, isu berkaitan mental ni tidak terlalu dikongsikan penghidap.

“Tetapi dari pihak saya sendiri pun, saya ni jenis yang terlalu banya fikir hingga akhirnya lambat keluarkan lagu. Saya rasa takut nak keluarkan lagu. Bimbang orang boleh terima atau tidak,” kongsinya jujur.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI