“Mempersoal Dari Mana Saya Dapat Duit Beli Kereta Mewah…,” – BMW Hasil Rezeki Tajul Bantu Isteri Berniaga, Kereta Baru Demi Keselesaan Keluarga

Share

Penyanyi Tajul Ariff menyifatkan impian memiliki kereta mewah jenis BMW baru-baru ini sebagai rezeki keluarga dan bakal anak keduanya yang dijangka lahir Mei depan.

Bintang berusia 22 tahun itu menerusi Harian Metro berkata, dia membeli kereta baharu itu demi keselesaan isteri dan anak memandangkan ahli keluarganya pun akan bertambah selain ia merupakan kereta idaman.

“Saya hanya kongsi foto kereta baharu itu di InstagramStory dan tak sangka pula ada netizen yang  perasan, hingga ada di antaranya menghantar mesej langsung (DM) kepada saya bertanya.

“Rata-rata yang DM itu mempersoalkan dari mana saya dapat duit beli kereta mewah kerana menyanyi pun, bukanlah popular. Tak dinafikan, saya sedar diri memang tidak terkenal pun.

“Namun, saya membeli kereta BMW itu dengan wang halal hasil membantu isteri, Nurul Shamieza Eddie yang berniaga menjual barang-barang untuk wanita secara dalam talian sejak tiga tahun lalu,” katanya seperti yang dipetik.

Menurut Tajul, dia tahu pada ketika penularan Covid-19 dalam negara ketika ini, industri hiburan terutama bidang nyanyian memang terjejas kerana aktiviti persembahan tidak dibenarkan berlangsung.

“Tolong tengok positif, rezeki Allah SWT ini luas dan tidak hanya menyanyi atau kerjaya seni sahaja. Saya dan isteri, kami saling membantu dalam perniagaan di usahakan dan sekarang Alhamdulillah, ada rezeki lebih  dapat beli kereta baharu.

“Kami sangat berusaha dalam perniagaan ini untuk mencari rezeki halal menyara keluarga.

“Saya harap dengan penjelasan ini, kepada semua yang bertanya itu berpuas hati,” katanya yang sebelum ini turut mengumumkan isterinya kini sedang hamil anak kedua mereka.

Dalam perkembangan lain, Tajul baru sahaja muncul dengan single baru berjudul Izinkan Aku hasil ciptaan penyanyi dan komposer muda, Tuah Adzmi.

Sumber: Harian Metro

IKLAN