Impian dimakbulkan Yang Maha Esa, pelakon Memey Suhaiza bersyukur apabila hasrat untuk memiliki sebuah ‘tidak berbumbung’ berjaya direalisasi.

Menurut Memey, impiannya untuk memiliki kereta sedemikian diidamkan sejak kecil lagi. Dia bagaimanapun tidak terlalu berharap tetapi terus bersikap positif.

Memey Syukur Nikmat Impian Miliki Kereta ‘Tak Ada Bumbung’ Tercapai – “Sorrylah Mummy Kongsi Sini Sebab…” Memey Syukur Nikmat Impian Miliki Kereta ‘Tak Ada Bumbung’ Tercapai – “Sorrylah Mummy Kongsi Sini Sebab…”

“Antara impian mummy dari kecik. Suka sangat kereta takde bumbung. Tak kira apa jenis, suka tengok. Kalau nampak orang bawa mesti akan tengok sampai terpusing-pusing kepala.

“Mummy simpan erat impian tu. Bukan menidakkan. Setiap kali nampak apa-apa yang takde bumbung, mummy doa dalam hati. Tidaklah terlalu mengharap (supaya tak terlalu fikir) cuma terus positif,” jelasnya.

IKLAN

Memey berkongsi perkara tersebut menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.

Memey Syukur Nikmat Impian Miliki Kereta ‘Tak Ada Bumbung’ Tercapai – “Sorrylah Mummy Kongsi Sini Sebab…” Memey Syukur Nikmat Impian Miliki Kereta ‘Tak Ada Bumbung’ Tercapai – “Sorrylah Mummy Kongsi Sini Sebab…”

“Mummy utamakan keperluan dari kehendak. Mummy teruskan kehidupan mcm biasa. Focus dengan setiap apa yang mummy buat.

IKLAN

“Tapi hari ni Allah izinkan juga mummy rasa bawa kereta takde bumbung macam ni sebagai kepunyaan sendiri. Terima kasih suami sebab selalu sokong, bagi izin restu dan doa setiap hari untuk isterinya terus melangkah. I love you.

“Terima kasih ya Allah. Sorrylah mummy kongsi sini, sebab mummy sangat excited. Dari kecik tau hasrat ni. Mungkin biasa bagi orang lain, tapi ni kesukaan mummy hehe. So lepas ni kalau mummy hon pin pin & lelambai sikit ye,” tulisnya.

Serentak dengan perkongsian tersebut, ruangan komen pada hantaran sama dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat.

IKLAN

Memey Syukur Nikmat Impian Miliki Kereta ‘Tak Ada Bumbung’ Tercapai – “Sorrylah Mummy Kongsi Sini Sebab…”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Memey Suhaiza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI