“Membesar Jadi Puteri Yang Comel,” – Terima Permata Hati Pada Hari Arafah 3 Tahun Lalu, Kecomelan Anak Jojie Aminuddin Jadi Perhatian

Share

Kini mencecah usia lebih tiga tahun, keletah permata hati kakak kepada penyanyi, Ella iaitu Jojie Aminuddin cukup menghiburkan wargamaya apabila si ibu kerap kali berkongsi aktivitinya di Instagram.

Dijaga dengan sepenuh kasih sayang bersama suami Syahrizal Ismail sejak dua minggu kelahiran Maryam, kanak-kanak comel itu juga turut mempunyai akaun Instagram sendiri yang diuruskan penjaganya.

Menerusi posting terkini Jojie perihal Maryam di IGnya pula, rata-rata followers menyifatkan kanak-kanak itu sebagai bijak dan comel.

MH sebelum ini pernah berkongsi mengenai keterujaan pasangan ini saat awal mengambil Maryam sebagai sebahagian keluarga mereka pada Hari Arafah.

Maryam dijaga selepas dua tahun Jojie dan Syahrizal mendirikan rumah tangga.

Semoga dengan kehadiran Maryam dalam hidup Jojie dan suami dapat menambahkan lagi keharmonian dalam keluarga mereka. Moga Maryam menjadi anak solehah.

Foto: Instagram Jojie, YangMaryam

IKLAN