Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi kisah perihal rumah tangga yang dibina bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Jelasnya, bahtera perkahwinan yang kini sudah pun mencecah usia 13 tahun itu secara langsung menjadikannya lebih matang dalam usaha untuk menjadi ketua keluarga yang baik berbanding sebelumnya.

Malah, usahawan yang kini muncul menerusi single Cuba Bahagia itu juga turut sama mendoakan kebahagiaan semua yang pernah hadir di dalam hidupnya.

“My bidariku @shahidadherbs. Berkahwin itu amat mudah. Tetapi untuk menjadikan perkhawinan bahgia ini kekal lama dan sempurna serta menjadikan untuk saling melengkapi itu bukan sesuatu perkara yang mudah.

“Lebih daripada 13 tahun, perkahwinan kami, banyak asam garam yang ditempuhi. Setiap tahun adalah tahun pembelajaran kami untuk membetulkan kelemahan masing-masing.

IKLAN

“Syukur Alhamdulillah, 13 tahun itu mematangkan saya untuk menjadi seorang suami yang terbaik. Abah yang terbaik dan usahawan yang terbaik. Adat berniaga ada jatuh dan bangun.

“Perkara ini mematangkan kita. Tetapi benda yang paling penting sekali adalah kebahagain yang hakiki iaitu bersama dengan family dan ibu bapa kita.

“Semoga semua rakan rakan perkenalan saya di facebook, instagram, bekas kakitangan saya, ejen dan juga stokis saya, anda adalah orang yang hadir dalam hidup saya adalah yang terbaik inyalah sy doakan.

IKLAN

“Semoga kita sama sama mendoakan untuk kebahagian orang lain juga. AMINN YA RAB,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram beberapa hari lalu.

View this post on Instagram

My bidariku @shahidadherbs .. Berkhawin itu amat mudah. Tetapi untuk menjadikan perkhawinan bahgia ini kekal lama dan sempurna serta menjadikan untuk saling melengkapi itu bukan sesuatu perkara yang mudah. . . Lebih daripada 13 tahun, perkhawinan kami.. banyak asam garam yang ditempuhi. Setiap tahun adalah tahun pembelajan kami untuk membetulkan kelemahan masing-masing. . . Syukur Alhamdulillah, 13 tahun itu mematangkan saya untuk menjadi seorang suami yang terbaik. Abah yang terbaik dan usahawan yang terbaik. Adat berniaga ada jatuh dan bangun. . . Perkara ini mematangkan kita. Tetapi benda yang paling penting sekali adalah kebahagain yang hakiki iaitu bersama dengan family dan ibu bapa kita . . . Semoga semua rakan rakan perkenalan saya di facebook, instagram, bekas kakitangan saya, ejen dan juga stokis saya, anda adalah orang yang hadir dalam hidup saya adalah yang terbaik inyalah sy doakan. Semoga kita sama sama mendoakan untuk kebahagian orang lain juga. AMINN YA RAB … tudung wife sy rm120 2 helai dari @as.hijabofficial

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

IKLAN

Serentak dengan itu, ruangan komen pada ebtri tersebut turut disusuli dengan doa serta harapan ramai agar hubungan perkahwinan pasangan usahawan ini kekal sampai bila-bila.

Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Pasangan ini turut menjaga seorang anak angkat.

Foto: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI