Pelakon Fauzi Nawawi, 48, menzahirkan rasa syukur apabila dalam tempoh sebulan, dia dikurniakan dua orang cucu.
Menurut Fauzi, dia dikurniakan cucu pertama selepas anak sulung, Nurul Hainil, 26, melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Yasmin pada 27 September lalu.
Manalala pada 26 Oktober lalu, aktor ini sekali lagi mendapat berita gembira apabila dikurniakan cucu kedua.
Ads
Anak lelakinya juga penyanyi, Fareez bergelar bapa selepas isterinya, Nurwathiqah Abdul Wahab, 23, melahirkan bayi lelaki, Farrel.
Fauzi akui cukup seronok apabila bergelar datuk dan seterusnya menjadikan ahli keluarganya semakin besar.
Ads
“Memang teruja sangat sekarang sudah ada dua cucu. Nasihat saya kepada Fareez, anak itu adalah amanah dan menjadi penguat semangat untuk terus maju dan pandang hadapan,” katanya memetik Harian Metro
Tahniah diucapkan buat pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan,34, yang kini bergelar suami kepada wanita pilihan, Farina Rebecca,31.
Memetik Tabloid Bintang, pasangan sama cantik sama padan yang mulai intim hampir dua tahun lalu itu melangsungkan majlis pernikahan di sebuah hotel di Tanjung Benoa, Bali.
Malah momen bahagia tersebut turut dikongsikan pelakon filem Cintapuccino dan isterinya itu menerusi Insta Stories di Instagram selain foto ‘pre-wedding’ yang turut dimuat naik buat tatapan peminat.
“My heart to you,” tulis Miller ringkas menerusi beberapa foto yang dimuat naik.
Di dalam foto perkahwinan yang dikongsikan kenalan mereka, Farina anggun mengenakan kebaya putih bersama padanan batik sementara Miller kacak dengan persalinan rona hitam.
Malah kenalan masing-masing menitipkan ucapan tahniah buat pasangan ini.
Adiknya yang juga pelakon, Isa Khan turut memberi dedikasi bersempena hari bahagia abang tersayang.
“Alhamdulillah, akhirnya abg gw kawinnn! Congratulation my brother, may god give his eternity blessings for you and your wife Amin Ya Rabb Love you brother,” tulisnya di Insta Stories.
Terdahulu, kisah cinta keduanya mendapat perhatian peminat dan Miller sebelum ini melamar cinta hatinya itu di udara dengan menaiki helikopter sekitar paras ketinggian 1000 kaki.
Pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud, 59, bakal mengeluarkan buku berjudul Mencari Noriah, Januari depan.
Fauziah atau mesra disapa Ogy berharap generasi muda mempunyai sikap menghargai dan menghormati ilmu sekiranya mahu bergelar anak seni yang berkualiti.
“Lakonan adalah seni ekspresi jiwa. Tiba masanya orang menyedari lakonan adalah seni yang mahal, bukan seni yang main masuk dan lontarkan dialog sahaja, ia bukan begitu,” katanya.
Ogy yang mencecah lima dekad pembabitan dalam dunia hiburan tempatan sedia diketahui sudah terbabit dalam semua cabang seni.
Menurut Ogy, pilihannya kini adalah mahu meninggalkan legasi Ogy’s Centrestage & Academy yang ditubuhkan pada 2018.
“Dengan apa yang diusahakan sekarang, iaitu mendidik dan berkongsi ilmu secara tidak langsung membuatkan harapan arwah ayah untuk melihat saya menjadi seorang pendidik tercapai.
“Jika ditanya apa lagi yang ingin saya mahukan, apatah lagi, semua cabang dunia seni sudah diterokai, pilihan saya adalah meninggalkan legasi Ogy’s Centrestage & Academy yang ditubuhkan pada 2018.
“Saya bersyukur dapat berkongsi ilmu dan memberikan semula pengetahuan selama hampir lima dekad kepada generasi muda.
“Saya percaya, kita tidak boleh menjadi pelakon hebat dalam masa tujuh hari. Seseorang kena belajar mengenali dan memahami apa itu seni sebelum menjadi bintang,” katanya.
Penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 1986 dan 1987 berkongsi perkara itu pada sesi Instagram (IG) Live Bersama Penggiat Seni, menerusi topik Aku Pelakon Terbaik, baru-baru ini.
IG Live Bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS) itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.
Mengangkat topik, Aku Pelakon Terbaik, sesi Live IG itu dikendalikan moderator yang juga dua editor hiburan, Saharudin Mohd Musthafa dan Roslen Fadzil.
Selain itu, beberapa sesi Live IG turut pemain terkemuka industri seni akan diadakan sepanjang sembilan hari, bermula kelmarin hingga 29 November depan.
Selain topik Aku Pelakon Terbaik, dua lagi topik diketengahkan iaitu Jadi Pengarah Tanpa Gagal membabitkan Syamsul Yusof, Mawi dan Yana Samsudin.
Manakala topik How To Make A Drama Go Viral – The Magic Formula pula menampilkan Datuk Ziela Jalil, Datuk A Aida dan Fadzil Teh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi lelaki Haqiem Rusli, 24, sah bergelar suami kepada suri hati pilihannya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, dengan dua kali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya pada jam 3.40 petang tadi.
Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga tercinta dan kenalan rapat pasangan.
Dalam majlis itu, Haqiem Rusli atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang hantaran berbalas lima.
Sama cantik sama padan menerusi persalinan sedondon kelabu cair, Haqiem memanjat kesyukuran kerana majlis berjalan dengan lancar.
Ia dijalankan secara tertutup dengan dihadiri keluarga, kenalan rapat dan media sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Anis Sofea amat sempurna buat saya dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekerti lemah lembut serta ketrampilannya yang telah menambat hati saya untuk memilikinya,” jelas Haqiem.
Sementara Sofea pula menyifatkan suaminya itu sebagai lelaki penyayang dan bertanggungjawab.
“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,” katanya.
Berkongsi rasa kesyukuran dan kegembiraan, pasangan raja sehari ini bakal mengadakan resepsi bersama 200 tetamu pada sebelah malam di aras 22, Sky Glass Cyberjaya.
Pasangan tersebut menjalin percintaan sejak dua tahun lalu dan mereka berkenalan semasa menjalankan urusan perniagaan.
“Kalau nak tahu restoran Santhai Village yang saya usahakan selama ini bersama dengan dialah (isteri). Awalnya dia memang nak tawarkan saya sebagai duta restoran makanan steamboat itu.
“Tapi saya fikir kenapa tidak menjadi rakan kongsi juga. Sambil mempromosikannya, ada juga bahagian saya. Akhirnya persetujuan dicapai, kami jadi rakan kongsi. Sekarang sudah kongsi kehidupan bersama pula.
“Jadi dipendekkan cerita, kerap berjumpa dan tanpa diduga juga hati mula terpaut sayang,” katanya yang setakat ini merancang berbulan madu di Sabah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Aqo Imran
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas berjaya mencipta fenomena menerusi watak Datuk Muzaffar dalam drama Dendam Seorang Mentua, pelakon dan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim mendedahkan dirinya menerima pelbagai komen nakal serta usikan daripada peminat di media sosial.