Tahniah MH ucapkan kepada penyanyi yang semakin meningkat naik namanya dalam industri seni, Haqiem Rusli kerana lagu ‘Tergantung Sepi’ berjaya mendapat tempat untuk ke pentas final Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32).

Sebentar tadi MH ada terbaca tweet Haqiem yang menyatakan selepas ini dia tidak mahu lagi membuat lagu yang bernada tinggi kerana takut untuk menarik suara ketika live.

“Lepas ni memang taklah saya nk buat lagu tinggi2 lagi.Takut nak tarik tinggi masa live.HAHAHAHAHAHAHAHA,” tulis Haqiem.

‘Memang Tak La Saya Nak Buat Lagu Tinggi-tinggi Lagi’ – Haqiem Rusli

Rasanya semua orang tau dengan lagu Tergantung Sepi ini kerana sering dimainkan di radio dan semua orang juga sudah sedia maklum yang lagu ini memang sangat tinggi. Terkeluar jugalah urat leher bila menyanyikan lagu ni.

Pada malam separuh akhir Muzik Muzik 32 lalu, Haqiem telah mengubah sedikit cara nyanyiannya di bahagian lagu yang memerlukan dia menyanyi dengan nada tinggi.

Tapi perubahan yang Haqiem lakukan tidak mencacatkan lagu tersebut malah mendapat sorakan daripada penonton.

IKLAN

Menerusi tweet Haqiem juga dia ada menyertakan satu video penjelasan kenapa dia tidak menyanyi lagu tersebut mengikut cara asal.

Penyanyi yang sering berkacamata hitam ini berkata, dia menyesal membuat lagu itu terlalu tinggi.

“Sejujurnya kalau saya tarik yang part ori ‘harapan kasih yang menjauh’ tu sangat tinggi tau, saya pun menyesal saya buat tinggi dekat studio, salah saya dan saya mengaku,” katanya.

Jadi sebab itu, Haqiem mengambil keputusan untuk mengubah sedikit cara nyanyiannya agar suaranya tidak pecah ketika menyanyikan bahagian tinggi itu.

“Kalau saya improvise lagu tu dan jadi lagi ok dan tak keluar suara ayam so lagi better la. Kalau saya tarik yang ori dan pecah lagi malu,” jelas Haqiem lagi.

IKLAN

MH setuju dengan penjelasan Haqiem, sebagai seorang penyanyi dia perlu kreatif dalam nyanyian agar persembahan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan suara pecah atau sebagainya.

Penjelasan Haqiem ini juga disokong ramai dan mereka juga bersetuju dengan tindakan Haqiem untuk mengubah cara nyanyiannya.

Dafi: Good answer! Being able to improvise tu penting…dr terkucil baik adjust sikit kan..sedap jugak…hahaha..very smart! Btw congrats bro!

IKLAN

Syak: you’ve spoken the truth and that’s already enough to say the least .The MOST important part is that , you have put your heart and soul into every performances so it’s definitely okay haqiem !! SUARA MEMANG DAA BAGOS SO NO WORRIES !!

Emmi Farizan: Ya betul tu dik….kesian Haqiem org dok pertikai knp dia x blh tarik suara part tinggi…padahal byk kali dia explain….kang x pasal2 kluar suara ayam…

Ok jom kita dengar sikit Haqiem nyanyi lagu Tergantung Sepi waktu malam semi final tempoh hari.

Sumber: Twitter Haqiem Rusli & Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI