“Memang Lama Dah Plan Nak Jumpa Mak Ayah,” – Zaquan Adha Pasrah Tak Dapat Balik Kampung, Isi Masa Sama Anak-Anak Di Rumah

Share

Pemain bola sepak Kedah, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sedikit terkilan apabila tidak dapat pulang ke kampung halaman di Seremban, Negeri Sembilan bagi berjumpa ibu dan bapanya.

Meski tidak berekesempatan pulang ke kampung halaman berhubung Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan Covid-19, atlet berkenaan dilihat menghabiskan masa bersama anak-anaknnya dengan melakukan aktiviti di halaman rumahnya. 

Cerita nye semalam dah ready nak balik seremban, dah siap cek kereta and service sebab nak jalan jauhkan.

“Lagi pun memang lama dah plan nak balik jumpa mak ayah, family di seremban.

So we decide untuk bergerak malam sebab bila bergerak malam memang time budak2 tido so daddy akan drive dengan tenang…tupp tupp petang semalam dia org announces lebih baik to stay at home sebab masalah wabak covid 19.

Ermmm tak ada rezeki nak blk kampung jumpa mak and family…maybe ada hikmah…so daddy pun plan lah activity yg boleh happy kan anak2 daddy.

So maybe korang yg dah ada family and anak2 blh try plan mcm ni dekat rumah ok…happy holiday and stay safe guys,” tulisnya.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, Zaquan meluangkan masa bersama anak-anak dengan mengadakan aktiviti bermandi-manda di halaman rumahnya.

Terdahulu, tindakan orang ramai yang dilihat mengambil peluang untuk pulang ke kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan kerajaan akibat penularan Covid-19 memenuhi perkarangan Balai Polis sejak malam tadi. 

Malah, hari ini (18 Mac) merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa selama 14 hari sehingga 31 Mac bertujuan mengekang penularan Covid-19 selepas negara merekodkan peningkatan kes yang serius. 

 Video : Instagram Zaquan Adha

IKLAN