Baru-baru ini kecoh satu Malaysia apabila pelakon, Raja Ilya mengeluarkan kenyataan terpaksa menolak tawaran lakonan watak dalam filem francais Marvel di Hollywood.

Berikutan itu, rata-rata rakyat Malaysia menuduhnya menipu serta mempersoalkan sama ada benar dakwaan Raja Ilya mengenai tawaran tersebut.

‘Memang Betul Dapat Tawaran Marvel Tapi Terpaksa Tolak’ – Raja Ilya Buka Mulut

IKLAN

Setelah lama berdiam diri dan membiarkan dirinya dikecam, Raja Ilya akhirnya tampil menegaskan bahawa dia sememangnya ditawarkan watak tersebut.

“Saya tidak bodoh untuk mengumumkan sesuatu yang belum ada pengesahan lagi.

“Saya ke Hollywood untuk menandatangani kontrak lakonan serta menghadiri sesi uji bakat filem itu. Segala urusan seni dibantu agensi yang bertapak di sana.

“Selepas mendapat watak itu barulah saya mengumumkannya. Sudah tentu saya teruja berpeluang berlakon dalam filem terbitan francais besar,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Raja Ilya menjelaskan sebab sebenar dia menolak tawaran berlakon tersebut.

IKLAN

‘Memang Betul Dapat Tawaran Marvel Tapi Terpaksa Tolak’ – Raja Ilya Buka Mulut

“Ketika membaca skrip baru saya mendapati ada bahagian menyentuh sensitiviti Islam.

“Sudah pasti saya tidak mahu mencemar imej Malaysia dan maruah keluarga, jadi dengan berat hati saya terpaksa menolak lakonan itu.

“Saya terpaksa menunggu setahun menyiapkan segala dokumen dan keperluan ke sana termasuk mendapatkan visa khas.

“Pun begitu, sudah ada rezeki lain menanti saya di Amerika Syarikat dan akan kembali ke sana lagi,” katanya lagi.

Mungkin sudah tertulis bukan rezekinya untuk berlakon dalam francais tersebut namun Raja Ilya menjelaskan bahawa dia mendapat tawaran lain semasa berada di Hollywood.

IKLAN

Oleh itu, kita tunggu dan lihat sahaja bila Raja Ilya akan umumkannya ya!

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI