Isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi kisah dia kini kurang tidur kerana anak bongsunya, Yusoff Al-Qardawi tidak sihat dan meragam.
Namun, dia sedar itu semua adalah tanggungjawab seorang ibu malah berdoa agar kesakitan itu berpindah kepadanya pula.
“Muka dah 2 hari x tido malam sebab @yusoffalqardawi meragam x sihat tapi kalau jadi mak2 ginilah pengorbanan seorang mak.
“Tak tido pun x apa janji anak tido, x makan pun x pe janji anak makan, kalau boleh pindah kesakitan pun rasa nak pindahkan sebab x sampai hati tengok anak sakit,” tulisnya di Instagram.
Susulan itu, di ruangan komen kelihatan ramai para ibu yang menyokong kenyataan Nur Shahida itu. Kebanyakan mengatakan bahawa ‘ibu mana yang sanggup melihat anak sakit’.
Sebelum ini, Nur Shahida ada berkongsi bahawa Yusoff sudah beberapa hari mengalami demam dan tidak lalu makan.
Foto/Instagram: Datin Seri Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Terpegun dengan kecantikan pelakon ini sehingga netizen menggelarkannya sebagai Marilyn Monroe versi berambut hitam. Wow, perbandingan yang cukup hebat.
“Marlyn monrowwwww black hair version.”
Kejelitaan Kilafairy memang tidak dapat dinafikan. Pelbagai gelaran diberikan netizen antaranya Angelina Jolie Malaysia dan paling sinonim, makhluk tuhan paling seksi.
Foto : Instagram Kilafairy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.