“Memang Benda Ni Makanan Dia,” – Aksi Diana Danielle Miming Dust Till Dawn Memang Padu Habis!

Share

Seolah-olah sedang beraksi di pentas dengan lagu Dust Till Dawn nyanyian Zayn dan Sia, Datin Diana Danielle dilihat cukup berkarisma dan penuh penghayatan.

Usahawan kosmetik, Anas Zahrin yang berkongsi video pendek itu menerusi ruangan kapsyen menyatakan wanita ini sememangnya punya sikap yang cukup happening.

Berbalik dekat Diana, so semalam pun nak hujung hujung, badan pun dah barai makan saya minta D miming lah apa lagi pulak tu memang benda ni makanan dia. Hahahahhahahaha

Satu je nak cakap – D ni memang happening gila, crazy crazy crazy and at the same time baik! Wonderful friend she is,”  tulisnya.

Ulas Anas lagi, sikap Diana daripada dahulu hingga kini tidak pernah berubah, tidak pernah lupa akan insan yang pernah bekerja dengannya.

Kalau tanya cemana boleh baik dengan @dianadanielleb kenal dia tahun 2009/2010 masa tu anak dara tang tang lagi. Tapi yang pelik muka dia sama, perangai masih sama tak ubah. Gila gila juga. Antara selebriti terawal bekerja dengan anas, love her


“Ada satu masa D dia dah busy dengan anak anak, anas pula sibuk dengan business. Dalam setahun dua juga senyap kejap. Then berumpa balik masing masing bila jumpa tak kering gusi dok gelak apa semua. Cerita itu ini apa semua ya Allah memang sejam dua takkan habis.

Memang padu habis melihat Diana miming. MH tabik.

Foto: Instagram Anas Zahrin

IKLAN