Mekap Pengantin Anime Sailormoon

Kini, wajah anime digilai ramai anak muda dan mereka tidak perlu berhabis ratusan ribu ringgit demi mendapatkan wajah yang diidamkan itu dengan hanya menggunakan teknik solekan.

Baru-baru viral di media sosial foto seorang jurusolek yang telah berjaya ubah wajah anaknya dengan solekan watak ikon anime, Sailor Moon.

Tambah menarik, selepas selesai disolek, gadis itu dipakaikan dengan pakaian pengantin lengkap berhijab, tak ubah seperti kartun jepun versi muslimah.

Rosmaniza Abd Kadir, 37, berkata beliau tidak menyangka percubaan pertama solekan berkonsep anime yang dilakukan pada wajah anaknya, Nurliyana Darus, 17, itu menjadi dan tular di media sosial.

IKLAN

Mengulas lanjut mengenai solekannya yang tular itu, wanita yang berasal dari Machang, Kelantan ini berkata beliau mengambil masa lebih tiga jam untuk menyiapkannya oleh kerana solekan mesti licin, sekata dan sempurna.

Menurut Rosmaniza, selepas gambar anime anaknya tular, beliau telah dihujani mesej dan panggilan daripada mereka yang mahu wajah mereka disolek menjadi seperti patung atau watak-watak anime kesukaan mereka.

Tambahnya lagi, solekan anime memerlukan fokus yang lebih di bahagian mata, kening dan hidung, tetapi cabaran dan tahap kesukaran bergantung kepada wajah individu yang disolek.

Ibu kepada dua anak ini berkata disebabkan terdapat banyak permintaan, beliau bersedia untuk mempertimbangkan khidmat solekan berkonsepkan patung atau anime untuk pelanggan yang percaya dengan sentuhannya.

IKLAN

Sumber : Roza Roza D’touch

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]