Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai diantara kita yang menggunakan kesempatan tersebut bagi melakukan hobi untuk mengisi kekosongan waktu.

Itulah yang cuba disampaikan oleh penyanyi dan pelakon, Bella Astillah apabila dia berkongsi mengenai bakat terpendamnya menghasilkan lukisan di kanvas.

Menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram, Bella menyifatkan tempoh PKP ini ada kalanya membawakan sisi lain seseorang individu itu yang tak biasa dilihat sebelum ini.

IKLAN

 “Did this numbered canvas painting for 5 hours straight. During this MCO period I guess it brings out the different sides of us that normally we don’t see, MCO ni je ada kesempatan buat ni semua kalau tak asyik busy,” tulisnya.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz ini turut berharap agar seluruh rakyat Malaysia diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.

IKLAN

“Wishing everyone to stay safe with your loved ones. What are you guys doing during this MCO?,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa kagum selain turut menyifatkan Bella sebagai seorang pelukis yang berbakat.

IKLAN

“MCO Ni Je Ada Kesempatan, Kalau Tak Asyik Busy,”- PKP Tonjolkan Sisi Lain, Ramai Kagum Lihat Lukisan Bella Astillah “MCO Ni Je Ada Kesempatan, Kalau Tak Asyik Busy,”- PKP Tonjolkan Sisi Lain, Ramai Kagum Lihat Lukisan Bella Astillah

Sumber: Instagram Bella Astillah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI