MAWI

Selain aktif sebagai penyanyi, Mawi juga kini semakin semakin serius dengan kerja belakang tabir menerusi syarikat produksi miliknya, Mawi World Sdn Bhd.

Meski pada mulanya hanya bertindak sebagai penerbit, Mawi kemudiannya cuba mengembangkan bakatnya dalam bidang pengarahan menerusi drama Pak Nil, Ibu Kirim Salam yang pernah disiarkan di saluran Astro sempena sambutan Aidilfitri 2009.

Semenjak itu, dia semakin aktif dengan kerja-kerja belakang tabir yang kini menjadi minatnya selain bidang nyanyian.

IKLAN

“Bidang pengarahan ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun disebabkan keinginan saya untuk mencuba dan belajar sesuatu yang baru, kesungguhan saya mengatasi segala-galanya.

 

“Bermula dari tidak tahu apa-apa, saya belajar sedikit demi sedikit tentang kerja belakang tabir dengan kru yang terlibat dan rakan-rakan pelakon lain yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini.

 

“Alhamdulillah, hasil daripada apa yang dipelajari itu saya semakin seronok untuk berkarya dalam bidang ini sehingga saya berjaya mengarahkan beberapa buah drama dalam pelbagai genre termasuklah sitkom Oh My Pondok yang kini sedang disiarkan di Astro Oasis,” katanya.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, Mawi juga turut berkongsi tentang perancangannya untuk menerbitkan dan mengarahkan filem pula tidak lama lagi.

IKLAN

Memilih tema Komedi Islamik yang juga dirasakan cukup dekat dengan dirinya, Mawi mengakui sedang sibuk dengan proses preproduksi filem tersebut.

IKLAN

“Sepanjang terlibat dalam kerja-kerja belakang tabir ini, terlalu banyak benda baru yang saya belajar dan rasa rugi pula kalau saya tidak menggunakan pengetahuan itu untuk melakukan sesuatu yang lebih besar daripada apa yang saya pernah lakukan sebelum ini.

 

“Kebetulan saya bersahabat baik dengan Syamsul (Yusof) yang tidak lokek ilmu dan seorang pembikin filem yang sangat bagus serta teliti dalam kerjanya sehingga mencetuskan inspirasi kepada saya untuk belajar lebih banyak tentang selok-belok dunia perfileman.

 

“Saya sedang membuat pelbagai kajian berkaitan filem, bukan sahaja untuk menghasilkan sebuah filem yang baik, tetapi juga bagaimana untuk menjual filem yang dihasilkan itu,” kata Mawi.

Bercerita tentang Ramadan, kata Mawi, lazimnya pada bulan ini dia lebih banyak meluangkan masanya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan butik bersama isterinya yang beroperasi di Bangi dan Johor Bahru.

“Sudah menjadi kelaziman pada bulan Ramadan saya fokus kepada perniagaan butik kerana sepanjang bulan ini jualannya sangat mendapat sambutan daripada para pelanggan.

 

“Cuma pada dua minggu pertama Ramadan tahun ini, saya terikat dengan penggambaran filem Munafik 2,” ujarnya di temui di Berbuka Puasa Majlis dan  Pelancaran Album Mesra Raya baru-baru ini .

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI