Mawar Rashid Bidas Komen Netizen Tentang Anak Tiri

Kalau sudah tertulis jodoh kita adalah seorang duda atau janda, tiada siapa yang dapat menolaknya kerana ianya sudah tersurat buat kita.

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon cantik, Mawar Rashid sudah berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai dua orang anak.

Namun begitu, kita dapat lihat sendiri kasih sayang dan layanan yang diberikan oleh Mawar buat kedua-dua anak tirinya ini seperti anak kandungnya sendiri.

Walau bagaimanapun ada segelintir individu yang kurang senang melihat kemesraan Mawar dan anak tirinya dan meninggalkan komen dengan berkata walau apapun anak-anak tirinya itu tetap mempunyai ibu kandung sendiri.

IKLAN

Rentetan daripada komen tersebut, Mawar telah memuatnaik beberapa gambar serta gambar screenshot komen individu berkenaan di Instagram.

 Di ruang kapsyen gambar tersebut pula Mawar telah meluahkan rasa hatinya dengan membidas komen tersebut. 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

IKLAN

“Throwback picture, Raya last year?
??
Maaf ya semua. Mawar tak pernah Post reply macam ni, Tapi kali ni Mawar kena explain luahan hati Mawar agar tidak menimbul salah faham netizen. ?? @arizul11 First of all, apabila saya sebut my Little Raden, itu kerana saya jujur & ikhlas menyayangi dia. Pabila dalam waktu yang sesuai, jika saya menyayangi sesuatu atau seseorang, saya akan post & luahkan perasaan cinta saya terhadap apa sekalipun. Terutamanya anak2 tiri saya ini, yang mana anak2 ini saya telah anggap seperti anak kandung saya sendiri. Jika Allah beri saya rezeki cahaya mata satu hari nanti, tiada perbezaan diantara anak kandung saya & anak2 tiri saya. Saya akan terapkan sifat kasih sayang yang sama rata & adil, supaya mereka membesar dalam ketenangan dan penuh kebahagian.

Jika gambar itu sesuai & cantik untuk saya post di ruangan kenangan saya di social media, saya akan post demi mengingati kenangan terindah itu. Seperti mana saya post tentang suami saya, tentang ibu dan ibu mertua saya, keluarga saya dan keluarga Raf juga. Tiada niat yang lain selain itu. Kerana cara saya, saya akan menyimpan kenangan yang membahagiakan saya.

Saya tahu Ibu kandung kepada anak2 tiri saya ini seorang yang penyayang juga, seorang single mother yang cekal dan anak2 ini lah dunia akhiratnya, sudah semestinya dia bersyukur bila saya ikhlas menyayangi anak2 ini seperti anak saya sendiri. Dan pabila saya bercakap tentang perasaan saya menyayangi anak2 saya ini, tiada istilah kata yang saya tidak menghormati Ibu kandungnya. Saya amat menghormati ibu kandung anak2 saya ini. Mummy saya juga seorang single mother dari saya berumur 5 tahun, saya memahami perasaan seorang single mother. Dan saya tahu betapa payahnya membesarkan anak2 sebagai single mother. Mummy saya menjaga kami 7 orang adik beradik, tanpa bantuan sesiapa. Susah payah and pahit getir mummy saya membesarkan kami dengan penuh kasih sayang & kesabaran.

Sambungan di gambar terakhir saya. Salam Ramadhan semua ❤,” tulisnya panjang lebar.

Apapun MH harap dengan luahan hati Mawar ini dapat menutup mulut-mulut netizen di luar sana untuk tidak memperlekehkan kasih sayang Mawar terhadapat anak tirinya yang dianggap seperti anak kandung sendiri.

Sumber: Instagram Mawar Rashid