Meski sudah beberapa hari bergelar suami isteri, pernikahan pasangan pelakon, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana bagaimanapun masih diperkatakan ramai terutamanya pada sesi menyarung cincin pasangan mempelai.
Momen berkenaan yang kini tular merakamkan aksi Ardell yang dilihat seperti malu-malu saat suaminya mahu menyarung cincin pernikahwinan.
Namun, dalam ramai yang suka ada segelintir yang pesimis terhadap momen tersebut memandangkan keduanya sudah pun berkawan sejak beberapa tahun lalu dan sering merakam video bersama menerusi media sosial.
Lalu, mungkin terkesan atas reaksi segelintir netizen yang pesimis, adik kepada Nadzmi Adhwa, Nadzim Adzham ada memuat naik status memberi pandangan terhadap apa yang diperkatakan.
“Lets do this one last time, make it clear, tbh ramai cakap itu dan ini, janganlah terlampau mengecam ya wahai manusia, aku pun terkejut diaorang malu-malu bila nak sarung cincin tu semua, and memang diaorang mesra bila kat luar, tapi tak pernah bersentuhan selama aku dengan diaorang.
“Aku memang salute abang aku lemah-lembut, kakak ardell pulak jenis yang tegas, ini kan mahu bersentuhan, walaupun diaorang pelakon tapi semua yang dirakamkan bukan lakonan, and aku bukan nak tunjuk aku bagus ke apa cuma kadang-kadang mulut orang ni tahu menilai orang dari rupa paras dan kerjaya mereka.
“Kenal dulu orang base on percakapan dan ilmu yang disampaikan bukan dari rupa paras aku sendiri kenal abang aku. Orang kenal aku tahu tak kan cakap benda macam ni eh. So jangan nak judge kalau tak kenal aku,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid AL Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz dalam sebuah majlis serba sederhana tetapi meriah.
Ardell telah menerima hantaran senaskah Al-Quran, mas kahwin berjumlah RM300 serta dua dulang hantaran. Nadzmi turut menerima dua dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan.
Difahamkan, Al-Quran yang dijadikan hantaran kepada pengantin perempuan merupakan hadiah daripada Ardell kepada Nadzmi semasa majlis merisik, namun dipulangkan semula sebagai hantaran selepas dibaca dan difahami tafsirnya.
Foto: Instagram Nadzim Adzham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Beberapa hari lalu, primadona Erra Fazira mencuri tumpuan para pengikutnya di Instagram apabila ‘belanja’ wajah polosnya tanpa mengenakan secalit solekap bagi melakukan satu tutorial solekan.
Rata-ratanya kagum serta memuji penampilan bintang Sembilu itu menerusi IG TV berdurasi lebih empat minit itu meski sudahpun melewati usia 40-an.
Malah, ada yang memuji wajah pemilik nama Fazira Wan Chek itu yang kelihatan segar dan awet muda kerana memiliki kulit wajah mulus berseri bagai tidak dimakan usia.
Malah, rakan selebriti juga ada meninggalkan komen terhadap video hos program Mingguan Wanita itu.
Erra Fazira dilahirkan pada 9 Februari 1974 di Sungai Choh, Rawang, Selangor. Pada usia 18 tahun, Erra mewakili Malaysia pada pertandingan Miss World 1992 yang diadakan di Afrika Selatan.
Foto: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meluahkan kesyukuran dikurniakan dua zuriat menyerikan kehidupannya bersama Shaheizy Sam, Syatilla Melvin mengakui meski rutin harian berubah 360 darjah, namun itulah hadiah paling bermakna dari Allah SWT.
Bekas finalis Dewi Remaja itu berkongsi rasa menerusi salah satu postingnya di Instagram.
“Bila dh ada anak2 ni kan, hidup kita 360’ berubah! Walaupun depa kecik dan belum faham pasai hidup pasai dugaan tpi anak2 ni lah yg bukak mata kita ibu bapak supaya jadi lebih baik utk diri sendiri dan utk depa.
“Allahuakhbar betapa powernya hadiah2 dari allah ni, sebb anak2 jugak aku kerja lebih keras dari dulu, sebab anak2 la aku belajaq utk besabaq!!
“Bukan senang utk jadi org yg penyabaq, kadang2 kantoi teruk jugak!” tulisnya.
Pelakon berusia 28 ini turut memohon doa agar anak-anaknya dipelihara darioada sebarang musibah.
“Betul lah org kata, anak2 ni pengikat kasih syg antara kita dan laki kita. Nak buat apa pun lani,semua pikiaq anak dulu.
“Aku harap bila depa dh faham nnti,depa boleh terima yg depa ada bubu yang kepala otak tak berapa nak betoi, syeriv pun duk nampak dah sikit2 dia punya xbetoi tu.
“Moga allah pelihara dan lindungi anak2 aku. Aku rela semua sakit mai pindah kat aku dari anak2 aku yg merasa..amin ya allah,” kongsinya panjang lebar.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.