“MasyaAllah…You Look Much Younger And Calm In Hijab,”- Azharina Dalam Proses Belajar Berhijab, Netizen Memuji

Share

Penyanyi Azharina atau nama sebenarnya, Azharina Binti Azhar telah memuat naik sekeping gambar ketika dia memakai hijab di akaun Instagram miliknya.

“Asalamualaikum semua . Apa kabar harine ? Jgn lupa ya dapatkan ticket konsert nina yang hampir 550 seats suda terjual. Alhamdulilah terima kasih manager nina @jojieaminuddin dan abg @syahrizal.ismail tuk semua ini . Queen of Soul … coming soon”tulisnya.

Terdahulu, penyanyi yang sinonim lagu Elegi Sepi itu dikhabarkan telah berhijab semenjak dua minggu yang lalu, menurut sumber BH online.

Lantas, rata-rata peminat memuji dan menyukai imej terbaharu penyanyi itu yang kelihatan lebih sopan dan ayu.

Alhamdulilah diucapkan kepada Azharina kerana telah melakukan satu perubahan yang baik dan semoga kekal istiqomah untuk berhijab.

Foto : Instagram Azharina

IKLAN