Penyampai radio, Deen berkongsi khabar duka apabila memaklumkan seluruh ahli keluarganya yang tinggal di Miri, Sarawak kini telah disahkan positif Covid-19.
Jelas Deen atau nama sebenarnya, Nordin Haji Madian, pada Khamis lalu, adiknya merupakan individu pertama di dalam keluarganya yang telah disahkan positif wabak tersebut kemudian diikuti pula oleh bapa, ibu, adik bongsu, kakak dan juga anak buahnya.
Katanya lagi, kesemua keputusan tersebut diperoleh setelah mereka menjalani ujian saringan Covid-19 pada Sabtu.
“Assalamualaikum semua. Semalam saya dapat satu berita yang amat mengejutkan dan menyedihkan. Sebab khamis minggu lepas adik saya disahkan positif Covid-19.
“Kemudian satu rumah pergi buat swab test pada hari Sabtu. Semalam pula, ayah, mak, adik bongsu, kakak dan anak buah saya juga positif,” katanya.
Perkhabaran tersebut dikongsi oleh penyampai radio Hot FM itu menerusi ruangan Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Deen turut meluahkan rasa kegusaran terhadap kesihatan kedua ibu bapanya itu namun dia kini boleh menarik nafas lega selepas mereka dikatakan tidak mengalami sebarang gejala.
Pelakon senior, Zarina Zainuddin melolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya yang memuatnaik hantaran di media sosial Instagram milik anaknya, Azal Azrai.
Menurut Zarina, 51, dia sendiri tidak mahir untuk menulis kapsyen dalam bahasa Inggeris berkaitan dengan hantaran yang mendakwa beberapa orang selebriti melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir ke majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz, baru-baru ini.
“Saya tak pandai nak tulis macam tu. Kalaulah saya yang tulis, pasti akan ada banyak ‘typo’, saya belajar pun tak tinggi.
“Azal punya keupayaan yang baik menulis dalam Bahasa Inggeris,” katanya.
Ditanya sejauhmana dirinya mengetahui perkara terbabit menjadi tular lalu menimbulkan reaksi pelbagai pihak, Zarina menjelaskan dia mendapat tahu apabila warganet mulai ‘seru’ namanya di Instagram.
“Saya dapat tahu bila ada warganet yang ‘tag’ akaun saya. Pada awalnya saya tidak baca, akan tetapi lama kelamaan saya terfikir seperti ia sesuatu yang serius dan ramai pula yang komen,” katanya.
Meski mengakui ada ketikanya dia turut memantau kegiatan anak istimewanya itu, namun Zarina mengakui Azal akan tertekan andai berjauhan dengan telefon pintarnya.
“Kalau ambil pun, dia akan jadi stres. Anak saya ni autisme, dia tidak ada ramai kawan, jadi selalulah dia dengan isi masa dengan telefon pintarnya.
“Kadang-kadang dia akan ‘dm’ sesiapa saja untuk bertanya khabar. Sampai orang yang kenal dia lagi berbanding saya,” seloroh Zarina.
Terdahulu, Zarina ditemui ketika Majlis Sidang Media Starvendors di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada Rabu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun yang dilantik sebagai duta bagi program Raikan Ramadan anjuran Yayasan Maghfirah menyambut baik kesudian rakan selebriti yang secara suka rela tampil turun padang untuk terlibat di dalam mana-mana program amal bersempena Ramadan.
Menurut Hafiz, golongan ini perlu tahu menggunakan platform media sosial mereka dalam hal yang baik yang boleh menyumbang sesuatu kepada orang di luar sana.
“Masyarakat pandang selebriti ini sebagai satu daya penarik untuk mempromosi sesebuah majlis dan kita tahu menjelang bulan Ramadan lazimnya banyak program amal.
“Jadi bagi saya, siapa lagi yang nak membantu untuk hebahkan kalau bukan golongan selebriti.
“Sebenarnya, kita menggunakan apa yang ada daripada segi platform di sosial media. Bukanlah nak kata kami datang ke program sebagai seorang selebriti semata-mata.
“Tetapi lebih kepada untuk menyantuni golongan yang menyokong kerjaya kita selama ini,” katanya yang turut berbesar hati apabila rakan artis, Syatilla Melvin turut sama mengikuti sesi agihan yang dilakukan yayasan terbabit di Dataran PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berkongsikan pengalaman, Hafiz yang sebelum ini pernah terlibat di dalam program sama sejak tahun lalu menjelaskan, ada di antara penerima yang benar-benar memerlukan.
“Ada di antara mereka merupakan ibu tunggal yang mempunyai anak ramai tetapi perlu keluar bekerja. Bila pagi keluar bekerja dan petang baru pulang, anak-anak akan makan apa sahaja yang dimasak ibunya ketika bersahur. Sampai macam tu sekali.
“Kita bukan mahu menyalahkan sesiapa, tetapi rupanya masih ada golongan miskin bandar. Saya rasa tidak ramai yang melihat mereka sebagai satu prospek yang perlu kita bantu,” katanya lagi.
Terdahulu, Yayasan Maghfirah mengambil inisiatif menyerahkan bantuan berupa agihan pek bekalan makanan kepada golongan memerlukan dan juga berpendapatan rendah di beberapa lokasi di seluruh ibu kota.
Pengurus Besar Yayasan Maghfirah, Aulia Rahman Zulkarnain berkata, projek ini merupakan antara usaha mereka untuk menyantuni masyarakat PPR khususnya golongan asnaf yang tergolong dalam kelompok miskin bandar.
“Miskin bandar merupakan fokus utama Yayasan Maghfirahkerana kita dapati kebanyakan masalah sosial lahir daripada komuniti yang mendiami kos perumahan rendah.
“Menjadi tanggungjawab bersama untuk kita sebagai masyarakat yang prihatin membantu mereka memperbaiki taraf kehidupan dan pendidikan golongan miskin bandar,” katanya.
Dalam pada itu, Aulia menambah, program agihan yang berlangsung bakal menjadi penggerak kepada program agihan seterusnya, selain program berbuka puasa bersama para asnaf.
Menerusi program Mega Agihan Ramadan kali ini, sebanyak 300 kotak pek Ramadan dan Syawal bernilai RM18,000 akan diserahkan untuk setiap PPR, dengan 5,000 kotak bakal diedarkan sepanjang bulan.
“Duit raya sebanyak RM50 juga turut disertakan dalam setiap pek Syawal. Ia termasuk 6,000 pek iftar yang juga telah diagihkan bermula 1 Ramadan lalu dengan sasaran 35,000 penerima manfaat.
Sasaran penerima program termasuklah keluarga fakir miskin, keluarga ibu tunggal, golongan orang kelainan upaya (OKU), warga emas, asnaf, rumah perlindungan anak yatim dan rumah perlindungan pesakit HIV.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.