Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Datuk Fizz Fairuz mendedahkan isterinya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia telah selamat bersalin cahaya mata perempuan, Rabu lalu.
Bersyukur atas kelahiran anak kelima, perkara itu sekaligus meleraikan teka-teki mengenai status jantina anak bongsu pasangan selebriti itu, sebelum ini.
“Alhamdulillah, kami terima banyak ucapan dan doa daripada peminat. Malah ada yang cakap akhirnya dikurniakan anak lelaki.
“Tapi hari ini biarlah saya maklumkan, kami telah dikurniakan anak perempuan yang kelima,” katanya ketika ditemui pada hari pertama Siri Jejalah Suria FM Kuasa 2, di Angsana Johor Bharu Mall, Johor, pada Sabtu.
Fizz bersyukur kerana urusan kelahiran dipermudahkan, Almy juga berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani tempoh berpantang.
“Kalau nak diikutkan, tarikh Almy dijangka bersalin adalah pada 6 Oktober depan. Namun bayi kelima kali lahir lebih dua minggu awal secara normal.
Ads
“Syukur semuanya dipermudahkan. Meski dua tiga minggu sebelum kelahiran, Almy mengalami sakit di bahagian bawah perut kerana kedudukan bayi yang sudah ke bawah sehingga dia sering keluar masuk hospital.
“Ketika itu, dia belum boleh bersalin lagi kerana bayi baru berusia 35 minggu. Setiap kali rasa sakit, doktor akan berikan ubat demi memastikan keselamatan bayi dalam perut.
“Jadi bila kandungan sudah masuk minggu ke-37 dan kami sekali lagi ke hospital untuk buat pemeriksaan, didapati sudah ada bukaan sebanyak 2 sentimeter,” katanya.
Sementara itu, hari pertama Siri Jelajah Suria FM Kuasa 2 di Johor Bharu menyaksikan 25 peserta telah menyertai sesi saringan KiraOke Suria.
Ads
Lima peserta terpilih ke peringkat akhir akan bersaing baru merebut hadiah utama berupa wang tunai RM3,000, hari ini.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin terharu atas sambutan baik yang diberikan pendengar, khususnya di Johor Bharu.
“Saya difahamkan ada peserta yang berjaya mara ke final hari ini sanggup datang dari Terengganu seawal 6.00 pagi semalam semata-mata nak sertai KiraOke Suria.
“Bahkan ada juga yang datang dari Kelantan dan Kuala Lumpur selain warga Johor sendiri yang sama-sama mahu rebut peluang hadiah menarik yang ditawarkan.
“Kami gembira dan terharu atas respon baik yang diterima. Ia sama hebat dengan sambutan hangat di pulau pinang yang berlangsung pada 7 dan 8 September lalu.
“Harapnya situasi sama akan berterusan atau mungkin lebih hebat apabila siri jelajah ini ke lokasi seterusnya iaitu ke Nilai dan Kelantan selepas ini. Terima kasih buat semua pendengar setia kami,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Desy Ratnasari kini menarik nafas lega apabila dia telah berjaya menamatkan pengajian dan menerima Ijazah Kedoktoran (PhD) daripada Universitas Atma Jaya, Jakarta.
Sehubungan dengan kejayaannya dalam dunia akademik, ini sekaligus menyaksikan dia kini membawa galaran doktor falsafah sebagai Dr Desy Ratnasari.
Popular dengan lagu Tenda Biru, selebriti berusia 50 tahun ini berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ilmu Psikologi dengan memilih isu yang dekat dengan dirinya yang kini aktif dalam dunia politik.
Kajianya yang bertajuk ‘Kajian Self-Efficacy, Intensi, Persepsi Kesetaraan Gender dan Motivasi Sosial Perempuan Politisi Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia Periode Tahun 2019-2024’ disifatkan sebagai satu pemahaman terhadap kesaksamaan gender dalam kalangan anggota pewakilan.
Momen menamatkan pengajiannya diabadikan dalam satu hantaran di Instagram yang menyaksikan dia sedang melakukan sesi pembentangan terbuka di hadapan ahli akademik penilai dan tetamu.
Mengakui yang dia berasa sedikit berdebar, namun segalanya berjalan lancar dan akhirnya pada penghujung sesi dia telah diberikan sijil yang menandakan penerimaan gelaran sebagai doktor falsafah.
“Alhamdulilah, selesai sudah sidang terbukanya. Tadi sudah diberi gelar sebagai seorang doktor psikologi. MasyaAlla Allah permudahkan, Alhamdulillah,” ujarnya usai pembentangan sekaligus turut berterima kasih kepada semua yang banyak menyokong perjalanan akademiknya.
Kini, setelah selesai sesi pembentangan, pelakon watak Ummi Safiyah dalam filem Buya Hamka ini hanya menantikan hari untuk majlis konvokesyen rasmi yang akan berlangsung kelak.
Imbas kembali, ibu kepada seorang cahaya mata ini memulakan kerjayanya dalam dunia seni pada tahun 1988 ketika berusia 15 tahun apabila dia memenangi tempat kedua dalam pertandingan Gadis Sampul.
Selepas itu rezekinya melimpah ruah apabila dia menjadi antara selebriti papan atas sebagai pelakon dan juga penyanyi dengan beberapa lagu hits.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang popular melalui siri drama Boy Meets World, Trina McGee berkongsi kisah tragis mengenai pengalaman dirinya mengalami keguguran anak keempat pada usia 54 tahun.
Perkara itu dikongsikan olehnya ketika ditemu bual dalam program bual bicara The Tamron Hall Show yang disiarkan pada 23 September lalu.
“Saya memang kehilangan bayi itu. Ia tidak dijangka, kerana ia berlaku ketika kandungan sudah di penghujung trimester pertama. Kami tidak mempunyai sebarang sebab yang jelas mengapa ia terjadi,” kongsinya.
Selepas keguguran, Tina yang sudah memiliki tiga cahaya mata dari perkahwinannya yang terdahulu menyatakan bahawa keguguran menyebabkan dia mengalami episod kemurungan dan adakalanya sukar hanya untuk bangun dari katil.
Walaupun begitu dia masih bersyukur kerana mampu merasai pengalaman mengandung pada lewat usia.
“Ada begitu banyak perkara yang timbul apabila anda benar-benar ingin membina sebuah keluarga lengkap, terdapat begitu banyak impian yang anda bayangkan. Adalah sangat sukar untuk menerima kenyataan bahawa itu tidak akan berlaku pada ketika ini,” ujarnya.
Jika kandungannya selamat, bayi yang dilahirkan merupakan cahaya mata pertamanya bersama Marchell Thedford yang sudah dikahwininya selama 16 tahun.
Ditanya sama ada dia masih punya harapan untuk mengandung, Tina berkongsi yang dia tidak pasti sama ada mahu melalui pengalaman itu lagi.
“Sebahagian daripada saya tidak mahu melalui ini lagi. Kesimpulan yang saya buat ialah, kami akan terus menyayangi antara satu sama lain,
“Jika sesuatu berlaku seperti itu, baiklah, tetapi saya tidak mahu meletakkan rasa risau pada diri saya sendiri. Kadang-kadang lebih baik melepaskan dan merelakan,” kongsinya pasrah.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Peninju Muay Thai popular negara dan pempengaruh, Johan Ghazali ‘memancing’ perhatian ramai apabila muncul menggayakan sepersalinan baju Melayu pada satu sesi temubual bersama media sebelum acara ONE 168 yang dijadualkan berlangsung esok.
Dalam hantaran di Instagramnya, Johan atau lebih sinonim disapa dengan panggilan popular Jojo tampak segak menyarung busana baju Melayu dalam rona hijau gelap dari jenama tersohor, Bulan Bintang.
“Representing Malaysia in this baju Melayu by @bulanbintanghq for media day today. Next is Weigh ins and face offs. Insyaallah everything goes smoothly,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Sekali gus, ia berjaya menambat perhatian warganet dan rata-ratanya meninggalkan komen positif. Antaranya;
“Wow you are Melayu tulen. All the best Jojo!”
“Sampai ke US pakai Baju Melayu. Good luck Jojo.”
“Smart tang baju Melayu.”
“Segak pakai baju Melayu.”
“We are so proud of you Jojo. All the best champ.”
Malah ada juga netizen yang menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Jojo, semoga meraih kemenangan ke atas lawannya.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 28,000 tanda suka.
Pada 6 September ini (esok), Johan akan berentap di gelanggang ONE 168: Denver bertemu dengan petinju dari Mexico, Josue ‘Tuzo’ Cruz.
Untuk rekod, sejak Johan sertai ONE Championship, beliau tidak pernah tewas dalam lima pertarungan.
Sehinggalah beliau bertemu Nguyen Tran Duy Trat, seorang petinju berpengalaman dari Vietnam. Johan tewas selepas tiga pusingan dalam satu pertarungan yang berlangsung pada awal Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.