Masjid Selamat Dibina, Ini Dia 5 Perkahwinan Selebriti Popular Tahun 2017

Setiap tahun kita akan menyaksikan perkahwinan dari kalangan selebriti dan majlis mereka ini selalunya menjadi tumpuan peminat.

Tahun ini sahaja ramai selebriti yang sudah menamatkan zaman bujang mereka dengan mendirikan masjid bersama insan tersayang.

Kali ini MH nak kongsikan dengan anda lima perkahwinan selebriti popular yang menjadi tumpuan netizen sepanjang tahun 2017.

 

1. Mia Ahmad & Izham Tarmizi

Hanya dengan sekali lafaz pelakon, Mia Ahmad sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak negara, Izham Tarmizi. Mereka telah selamat diijab kabulkan pada Januari yang lalu.

Mia telah menerima mas kahwin sebanyak RM2,000 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala Mia pula membalas dengan sembilan dulang hantaran.

 

2. Sari Yanti & Jep Sepahtu

IKLAN

Walaupun perkahwinan pelakon wanita popular, Sari Yanti dan pelawak popular, Jep Sepahtu tidak mempunyai sebarang liputan eksklusif atas permintaan mereka sendiri namun rata-rata peminat kepada pasangan ini sangat teruja dengan berita perkahwinan mereka.

Hubungan percintaan mereka juga sering menjadi tanda tanya kepada ramai pihak sejak Jep sering membuat ‘pickupline’ kepada Sari Yanti. Pasangan ini telah selamat bernikah pada Februari lalu dalam majlis tertutup.

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

 

3. Ummi Nazeera & Mohd Izzar

Perkahwinan pelakon wanita popular, Ummi Nazeera ini sememangnya mendapat perhatian daripada netizen terutama peminat-peminatnya. Majlis perkahwinan mereka boleh dikatogerikan sebagai ‘wedding of the year’ dan kemeriahan majlis mereka dapat dirasakan oleh semua orang.

Pada 23 Julai yang lalu pasangan ini telah selamat dinikahkan dan sekaligu bergelar suami dan isteri.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

 

4. Laudya Cynthia Bella & Engku Emran

Pelakon wanita popular dari negara jiran, Laudya Cynthia Bella telah mendapat perhatian ramai selepas bergelar isteri kepada bekas suami pelakon wanita, Erra Fazira iaitu Engku Emran. Perkahwinan mereka ini boleh dikatakan sebagai ‘wedding of the year’ dan pada September yang lalu pasangan ini telah selamat bernikah.

IKLAN

 

5. Fazura & Fattah

Nama Fattah dan Fazura telah menjadi fenomena di negara ini setelah pelbagai spekulasi dan dakwaan timbul mengatakan mereka telah bernikah dan bertunang sebelum pergi menjalankan ibadah umrah pada 15 November yang lalu.

Namun begitu sebaik pulang daripada umrah mereka telah membuat satu sidang media dan menjelaskan bahawa mereka sudah bertunang pada 13 November tetapi belum bernikah.

Pada 27 November yang lalu sekali lagi pasangan ini mendapat perhatian umum apabila mereka sudah sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz.

Pasangan ini bernikah dalam satu majlis tertutup dan hanya menurut permintaan keluarga untuk tidak menghebohkan tentang majlis pernikahan mereka.

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

 

MH doakan semoga perkahwinan kesemua pasangan ini diberkati dan hidup bahagia bersama sehingga ke syurga.