Masih Mengata? Nah, Ini ‘Kata Cinta’ Neelofa Berhubung Kecaman, Perli Orang Mengenai Dirinya

Aduhai, tidak putus-putus orang bercakap mengenai Neelofa. Sama ada ia cerita yang baik atau sebaliknya, nama bekas Juara Dewi Remaja ini kekal meniti di bibir ramai. Bukan saya Lofa, tetapi ada adik-beradiknya yang lain turut menjadi mangsa kritikan, meski mereka bukanlah selebriti.

Ditanya apakah pendiriannya terhadap sisi kecaman yang sering diterimanya, pengacara program MeleTop ini mengakui dia tidak boleh memuaskan hati dan menutup mulut orang untuk berhenti bercakap.

Malah bagi Lofa, setiap apa yang diperkatakan orang merupakan antara sumber publisiti, asalkan kita pandai untuk menguruskan apakah kisah sensasi yang diumpatkan.

IKLAN

“Rasanya semua orang tahu, baik atau buruk sesuatu publisiti itu, ia tetap merupakan publisiti. Cumanya, bagaimana untuk kita uruskan ia selepas sesuatu kisah atau insiden yang terjadi. 

 

“Misalnya selepas sesuatu berlaku, saya tahu siapa diri saya. Saya tahu nilai dan sedar apa yang telah saya sumbangkan dalam seni dan perniagaan. Saya punya misi adalah sentiasa mahu merubah hidup individu ke arah yang positif menerusi pelbagai sudut. Seru mereka untuk melakukan sesuatu yang lebih besar.

 

“Harap apa yang telah saya lakukan ini boleh memberikan inspirasi kepada mereka serba-sedikit. Kalau bukan sekarang, mungkin di masa depan,” katanya optimis. 

IKLAN

Ditanya dari mana sumber kekuatan yang diperolehi anak jadi Kelantan ini dalam berhadapan dengan segala kecaman, Lofa mengakui apa yang penting ialah, kita tidak boleh hilang diri sendiri. Kena sedar dan tahu apa tanggungjawab.

“Kena tahu siapa diri kita dan sedar akan tanggungjawab yang kita pikul. Bukan senang buat saya untuk menjadi ‘Neelofa’. Bagaimanapun, sokongan itu datang daripada pelbagai sudut,” akhirinya kepada MH. 

Foto: Instagram Neelofa