Baru-baru ini, pelakon cantik, Fasha Sandha telah mengadakan satu majlis yang cukup meriah bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma yang ketiga di KLCC.

Bertemakan warna merah jambu, Jemyma kelihatan cukup comel dan ceria terutamanya bila berada di samping keluarga tersayang. Lebih pula bapa tercinta, Rizal Ashram Ramli atau Jejai turut hadir memeriahkan majlis.

Majlis ini bukan sahaja dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat, rakan-rakan artis juga turut sama meraikan hari paling gembira buat Jemyma.

Antaranya seperti usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat dan Datin Nur Shahida, isteri Datuk Aliff Syukri.

Menerusi satu entri di Instagram milik Fasha, ramai netizen turut tumpang gembira dan tersentuh melihat kemesraan Jemyma menyuap kek kepada bapanya.

Jemyma ❤️ #jemymaturns3 @loav.film

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Malah, ramai juga mengkagumi bagaimana Fasha boleh mengekalkan kemesraan anak-anak bersama bapa walaupun sudah berpisah.

IKLAN

Sejak video tersebut mendapat perhatian, ruangan komen video tersebut telah dihujani dengan pelbagai rekasi pengikutnya.

Malah ada juga yang mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku buat mereka berdua.

Masih Berbaik Dengan Bekas Suami, Peminat Puji Sikap Fasha Sandha!

Terdahulu, Mereka berkahwin pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Jom MH Online belanja foto sekitar majlis sambutan hari jadi Putri Raysha Jemyma :

IKLAN

Masih Berbaik Dengan Bekas Suami, Peminat Puji Sikap Fasha Sandha!

Masih Berbaik Dengan Bekas Suami, Peminat Puji Sikap Fasha Sandha!

Masih Berbaik Dengan Bekas Suami, Peminat Puji Sikap Fasha Sandha!

Masih Berbaik Dengan Bekas Suami, Peminat Puji Sikap Fasha Sandha!

IKLAN

Masih Berbaik Dengan Bekas Suami, Peminat Puji Sikap Fasha Sandha!

Masih Berbaik Dengan Bekas Suami, Peminat Puji Sikap Fasha Sandha!

Masih Berbaik Dengan Bekas Suami, Peminat Puji Sikap Fasha Sandha!

Masih Berbaik Dengan Bekas Suami, Peminat Puji Sikap Fasha Sandha!

Masih Berbaik Dengan Bekas Suami, Peminat Puji Sikap Fasha Sandha!

Foto : Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI