Penyanyi rap, MK menafikan tanggapan segelintir pihak yang mengatakan dirinya kini lebih suka berahsia mengenai kehidupan peribadinya.

Menurut MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, dia kini sedang berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik memandangkan dirinya juga kini banyak menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak.

“Masa Mula-Mula, Saya Banyak Terpalit Dengan Kontroversi,”- Jarang Kongsi Hal Peribadi, MK K-Clique Usaha Mahu Jadi Artis Contoh

Katanya lagi, dia juga selesa dengan jalan kehidupan yang sedang dilaluinya ketika ini.

“Saya akui semasa mula-mula nama saya dikenali, saya memang terpalit dengan banyak kontroversi. Sekarang pula alhamdulillah agak senyap dan steady sahaja.

“Sebenarnya saya bukanlah nak berahsia mengenai kehidupan peribadi saya, cuma sekarang ini saya banyak berkerjasama dengan pelbagai pihak. Jadi, adalah perlu untuk saya sentiasa menjaga imej dan kelakuan saya agar sentiasa nampak terkawal.

“Buat masa ini, saya berkongsi sahaja apa-apa perkembangan mengenai diri saya. Apa yang boleh saya kongsi, pasti akan saya ceritakan. Saya sekarang sedang berusaha untuk menunjukkan imej yang baik dan menjadi contoh buat semua,” katanya kepada MH.

IKLAN

Anggota kumpulan rap, K-Clique ini berkata sedemikian dalam satu temubualnya bersama MH baru-baru ini.

“Masa Mula-Mula, Saya Banyak Terpalit Dengan Kontroversi,”- Jarang Kongsi Hal Peribadi, MK K-Clique Usaha Mahu Jadi Artis Contoh “Masa Mula-Mula, Saya Banyak Terpalit Dengan Kontroversi,”- Jarang Kongsi Hal Peribadi, MK K-Clique Usaha Mahu Jadi Artis Contoh

Anak muda kelahiran Tawau, Sabah ini difahamkan bakal membuat kemunculan menerusi filem terbaru yang berjudul Rompak.

Sebelum ini, nama MK pernah terpalit dengan kontroversi apabila dia didakwa tidak mahu mempromosikan filem pertama lakonannya yang berjudul Marabahaya Underground.

IKLAN

Bagaimanapun, MK menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia hanyalah sekadar kesilapan teknikal.

“Sebenarnya itu bukan satu perkara yang serius pun. Kami dah jalani pengambaran filem itu lebih kurang tiga tahun yang lalu.

“Ia bukan masalah mengenai saya tidak mahu mempromosikan filem itu atau tidak. Saya cuma terlambat untuk menyusun posting-posting tersebut di akaun media sosial saya.

“Saya akaui itu merupakan silap saya kerana tak sempat untuk mengikut jadual yang ditetapkan. Nak cakap terlepas pandang pun tidak sebenarnya. Cuma terlewat. Itu sahaja.

IKLAN

“Selepas ini saya akan cuba untuk lebih peka mengenai perkara ini,” kongsinya lagi.

“Masa Mula-Mula, Saya Banyak Terpalit Dengan Kontroversi,”- Jarang Kongsi Hal Peribadi, MK K-Clique Usaha Mahu Jadi Artis Contoh

Sekadar informasi, filem Rompak bakal memulakan sesi pengambarannya pada Febuari dan akan dijangka akan ditayangkan pada Jun depan.

Selain MK, filem ini juga bakal menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Daiyan Trisha, Tony Eusoff dan ramai lagi.

Malah, Rompak juga bakal menjadi filem pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang mengetengahkan konsep ‘Non-Fungible Token’ (NFT).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI