Dengan sekali lafaz, penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu sah bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada jam 10.40 pagi dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Magica Quill Hall, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pasangan berkenaan dinikahkan Imam dan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Ustaz Haji Azizi Abd Hamid sambil berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Majlis yang dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat itu menyaksikan Mas Idayu atau nama sebenar, Mas Idayu Mesnun, 50, menerima mas kahwin RM1,001 selain dulang hantaran tujuh berbalas lima.

Mas Idayu Selamat Bergelar Isteri Kepada Sufian Isa Dengan Sekali Lafaz
                                      Mas Idayu dan Sufian bersama anak-anak mereka.

Jumlah wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga.

IKLAN

“Alhamdulillah saya bersyukur majlis berjalan lancar.

“Terima kasih kepada keluarga, saudara mara dan peminat yang mendoakan kebahagiaan saya selama ini,” katanya kepada MH.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

IKLAN
Mas Idayu Selamat Bergelar Isteri Kepada Sufian Isa Dengan Sekali Lafaz
                                                         Mas Idayu sebak sebaik diijabkabulkan.

Teruja akhirnya kembali memegang status isteri selepas lebih 16 tahun bergelar ibu tunggal, Mas Idayu berkata dia sama sekali tidak menyangka perkahwinan kali keduanya mendapat perhatian ramai pihak yang sudi menaja.

Secara keseluruhan, majlis akad nikah serta resepsi yang akan diadakan pada malam ini mencecah nilai tajaan sebanyak RM8 juta.

Majlis resepsi bertemakan fantasi itu juga nanti bakal mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) yang hanya akan didedahkan pada malam ini.

IKLAN

Penyanyi lagu Cintaku 100 Percent ini pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah, 24 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI