Pelakon Aprena Menrose menjelaskan dirinya masih belum mengenakan niqab secara kekal sebagaimana yang didakwa segelintir peminat.
Aprena, 29, berkata dia maklum ada yang menyangka dia sudah tampil sedemikian selepas video keberadaanya di sebuah majlis dengan mengenakan niqab mulai diperkatakan.
Berterima kasih atas komen yang diberikan, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman bagaimanapun meminta doa ramai untuk terus mendoakan yang baik-baik dalam usahanya menjadi Muslimah sejati.
“Belum lagi (berniqab), tapi doa-doakan InsyaAllah. Mengenai doa peminat mengenai istiqamah itu, saya anggap ia sebagai doa untuk saya moga terus kekal dengan apa yang dilakukan ini, saya hargainya.
“Cuma video tersebut diambil ketika saya hadir ke sebuah majlis ilmu. Kalau perasan, ada juga beberapa bahagian dalam video menunjukkan saya tidak pakai niqab,” katanya kepada MH.
Aprena sebelum ini menerusi satu perkongsian di laman Instagram memuat naik video dia berniqab di sebuah majlis sekaligus menerima banyak komen positif peminat.
Adik kepada kepada pelakon Oktovia Manrose ini pada berharap moga apa yang dikongsi itu memberi pendedahakan positif lebih ramai orang tentang kelas agama yang dikhaskan untuk golongan wanita.
“Jujur apabila pergi ke kelas ilmu agama sebegitu dan berjumpa dengan ramai wanita berniqab. Semasa hadiri kelas yang pertama saya tak pakai. Jadi bila tengok kepada suasana, hati kita terdetik untuk ingin belajar.
“Saya pun tidaklah kuat pengetahuan ilmu agama, tapi bila saya ikuti sesi sedemikian, Allah beri ruang… ada sahaja kelas seumpamanya untuk saya sertai lagi. Orang ajak pun ada.
Ads
“Cuma video yang saya kongsi di Instagram itu bukanlah yang pertama yang dihadiri. Sebelum ini saya jarang kongsikan di media sosial. Cuma baru-baru ini saya pernah kongsikan video sama di Insta Stories, masyaAllah tak sangka ramai peminat yang bertanya dan mahu ikut serta.
“Jadi niat saya kongsikan sekarang adalah untuk berkongsi mengenai kelas agama yang dianjurkan khsusus buat Muslimat. Kelas yang saya kongsikan itu dilakukan di Semenyih, Selangor, Ahad lepas,” katanya lagi.
Aprena sebelum ini mengesahkan dirinya sudah bertudung sejak Jun tahun lalu.
Ads
Dalam perkembangan lain, Aprena memberitahu dia masih lagi aktif dalam dunia lakonan dan bakal kembali ke set penggambaran drama baharu bulan depan.
“Kerjaya lakonan berjalan seperti biasa dan saya masih lagi terima tawaran. InsyaAllah akan kembali ke set lakonan bermula Oktober ini.
“Allah telah aturkan perjalanan saya dengan sangat baik. Jika tidak terlibat dengan penggambaran, banyak peluang untuk saya hadir ke kelas agama,” jelasnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gelagat permata hati penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid nyata mencuit hati apabila kanak-kanak comel itu secara spontan menyebut ‘Dato Siti’ menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik penyanyi Anta Permana itu di Insta Stories.
Dikongsikan kembali menerusi akaun Instagram, @sitizonemy, kelihatan Siti sedang mempromosikan tudung yang dipakai sambil mendukung anaknya.
Lalu, raut wajah Siti tampak teruja apabila anaknya secara tiba-tiba menyebut perkataan ‘Dato Siti’ dengan lancar tanpa diajar-ajar.
“Datuk Siti Nurhaliza ke? Ya Allah baru hari ini ibu dengar Aafiyah sebut nama Datuk Siti Nurhaliza,” kata Siti dalam tawa.
Menerusi entri sama, video berkenaan kini sudah mendapat hampir 10,000 tontonan.
Sekadar imbasan, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia dua tahun dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad menanti 11 tahun untuk menimang cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan terkini steri kepada pengacara, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub menjadi sorotan di media sosial apabila dipercayai tampil dengan imej tidak bertudung di media sosial.
Menerusi hantaran di Insta Story, Zira dikatakan tidak bertudung dan hanya memakai topi berwarna hitam sambil menikmati minuman di luar negara.
Terdahulu, Zira pernah mengenakan tudung sekitar awal 2021 dan penampilannya yang berhijab menerima reaksi positif warganet.
Untuk rekod, Zira dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Tomok ada memuat naik satu rakaman video pendek, mengenang kembali detik ketika dirinya menyertai program realiti One In A Million musim ke-3 pada tahun 2009.
Menurut Tomok, program tersebut boleh diibaratkan sebagai peluang kedua baginya untuk bertapak semula dalam bidang seni selepas bersama New Boyz.
“Walaupun ianya sudah 11 tahun berlalu, saya masih nak ucapkan terima kasih pada semua yang mengundi saya setiap minggu,” tulisnya.
Tambah Tomok yang juga merupakan juara program berkenaan, dia berterima kasih kepada semua pihak termasuklah para peminat dan kru produksi yang telah menyokongnya tanpa henti sepanjang program tersebut berlansung.
“Yang datang menyaksikan persembahan di Sri Pentas 2 sehingga di Stadium Melawati Shah Alam dan yang menonton di rumah, terima kasih.
“Buat kawan-kawan yang sama-sama berjuang semoga sihat-sihat sentiasa.
“Buat team produksi OIAM terima kasih atas tunjuk ajar kepada saya
“Terima kasih malaysia jadikan saya juara untuk ONE IN A MILLION,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut mengenang kembali saat menonton program tersebut malah stail rambut Tomok yang menjadi trend pada ketika itu turut diperkatakan semula.
One In A Million merupakan antara program realiti nyanyian terbesar negara yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 1 juta buat peserta yang bergelar juara.
Sumber: Instagram Tomok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Atikah Suhaime tampil membidas kenyataan segelintir pihak yang mendakwa ibunya itu tidak peka dengan keadaannya yang sedang berpantang gara-gara menyediakan asam pedas ikan pari.