Siapa yang tak kenal dengan penyanyi dangdut popular negara, Mas Idayu yang sangat terkenal dengan sifat garangnya.

MH diberitahu Mas Idayu mengamuk di dalam satu rancangan program realiti televisyen dan memarahi salah seorang peserta. Alamak mengamuk pasal apa pula ni?

Rancangan TV yang dimaksudkan adalah D’Academy Asia yang merupakan satu pertandingan nyanyian dan ianya disiarkan di Indonesia.

Pertandingan ini disertai oleh peserta daripada negara-negara asia seperti Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura dan banyak lagi.

Dalam pertandingan ini, Mas Idayu merupakan salah seorang juri profesional yang mewakili negara Malaysia.

Ok berbalik pada kisah Mas Idayu mengamuk itu, salah seorang peserta daripada Malaysia, Baby Shima telah dimarah oleh penyanyi dangdut ini kerana persembahannya yang tidak memuaskan.

IKLAN

Keadaan sangat tegang sehinggakan satu studio tersebut diam tanpa ada seorang penonton pun yang berani untuk bersuara setelah melihat Mas Idayu benar-benar marah dan meninggikan suara kepada peserta tersebut.

Jom kita tengok betapa marahnya Mas Idayu dalam video di bawah.

Mungkin kerana geram, Mas Idayu gagal mengawal perasaannya sehinggakan dia dikecam teruk oleh netizen yang menonton program tersebut.

IKLAN

Fatimah Salleh: terlalu komentar nya…..nga sesuai jadi komentator….lebay…. kampongan……vocal dia lagi nga sebagus mana….kebanyakan denggung/ nasal voice….

Basar Bin Jee: mcm dia terbaik sgt , mcm perempuan kena histeria,

Mira Amor Arra: Mas idayu..Komen tu biar bijak dan berasas! Klu ye pun tk puashti adab nk memarahkn peserta@ank didik tu biar beradab dan control nada.Suara awak sbgai mentor pun bkn sdap sgt klu d bandingkn dgn peserta.Awk jgn lupa,suara awk sbgai mentor kalah teruk klu d bandingkn dgn peserta thn yg lepas…Lesti ke klu tk silap sy .So,sebelum nk komen truk kmampuan peserta@ank didik tu.check kmpuan diri tu dulu.Berlagak sbgai pnyanyi pro..padahal klu d mlysia tu awk sdh tidak laku.Maaf.

IKLAN

Bagi MH bak kata pepatah, Sayang anak tangan-tangankan, mungkin niat Mas Idayu hanyalah untuk mengajar dan menegur agar Baby Shima tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama.

Apapun pasti ada sebab mengapa Mas Idayu lakukan sebegitu.

Petang-petang ni jom kita layan sikit persembahan Baby Shima yang telah timbulkan kontroversi itu.

Sumber: Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI