Penyanyi Mas Idayu menjelaskan bahawa keputusan berpisah dengan bekas suami, Muhammad Sufian Che Isa, diambil selepas dua tahun perkahwinan dan dibuat dengan penuh pertimbangan.
Malah Mas Idayu atau nama lengkap Mas Idayu Mesnun, 53, turut memaklumkan sebelum keputusan dibuat, dia terlebih dahulu merujuk kepada pihak sepatutnya untuk mendapatkan nasihat.
“Saya mengadu kepada Allah dan minta berikan saya petunjuk sebelum membuat keputusan berpisah.
“Dua tahun saya bertahan dan saya sayangkan perkahwinan ini, sebab itulah saya rujuk kepada kadi yang menikahkan saya, ustaz serta mutawif, sama ada saya layak untuk tuntut cerai? Bukan suka-suka.
“Saya solat istikharah setiap malam untuk minta petunjuk, malah sejak bulan Rejab saya sentiasa bersujud meminta petunjuk Allah,” katanya.
Penyanyi lagu Selangit ini berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran single terbaharu duet bersama Farez Adnan, Air Titik ke Batu di Rusa Café, Puchong, pada Rabu.
Fail Cerai Tanpa Sorok, Demi Kebaikan Bersama
Dalam pada itu, Mas Idayu, yang turut mesra disapa Mummy, memberitahu tindakan memfailkan perceraian dibuat tanpa pengetahuan bekas suami.
“Saya tuntut cerai tak sorok-sorok, tapi tak cerita pada orang. Saya tak rahsiakan kedatangan saya ke mahkamah.
Ads
“Bekas suami pun tak tahu saya fail cerai. Dia hanya tahu perkara ini beberapa hari sebelum diminta hadir ke mahkamah syariah.
“Tapi, saya bersyukur sebab Allah bantu tutup aib perceraian sebab tiada siapapun yang membocorkan biarpun mereka tahu saya yang failkan perceraian,” ujarnya lagi.
Harap Tiada Manipulasi Cerita
Mengenai kehidupannya pula selepas melalui fasa perpisahan, Mas Idayu mendedahkan dia kini menemui kebahagiaan.
Bagaimanapun, perasaan terkilan itu tetap wujud apabila situasi yang berlaku telah mengecewakan ramai yang menyokong perkahwinannya sebelum ini.
Ads
“Saya sebenarnya tak sedih tentang perceraian. Cuma, saya ralat dan kasihan kepada mereka yang menaja perkahwinan kami.
“Saya gembira sangat-sangat dan saya harap pihak sana pun begitu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mas Idayu turut menasihati ramai agar tidak memutar belit kisah rumah tangganya, selepas ini.
“Untuk orang-orang yang marahkan saya… Sebenarnya saya yang menuntut. Kalau isteri menuntut cerai tanpa sebab, tak bau syurga.
Ads
“Tapi saya sangat-sangat layak. Jangan manipulasi cerita atau play victim kalau tak tahu cerita,” tegasnya.
Imbas kembali pada 5 Mei lalu, Sufian, 54, yang juga Penerbit Eksekutif TV3 mengesahkan sudah berpisah dengan Mas Idayu pada 4 Mac lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada September 2022. Difahamkan, mereka saling mengenali sejak program realiti, Mentor 3 pada 2008 dan semakin akrab pada 2021.
Sebelum itu, Sufian pernah berkahwin dengan personaliti TV, Intan Suraya, namun bercerai dan mempunyai seorang anak.
Mas Idayu juga pernah bertemu jodoh bersama aktor, Aman Graseka pada 1997, namun bercerai pada 2006.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 27.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, penyanyi Noraniza Idris bersama pasukannya, tampil dengan inisiatif Golden Voucher yang dimasukkan secara rawak ke dalam pek Murukku Che Ani Premium.
Menariknya, inisiatif ini dilakukan secara ikhlas tanpa sebarang keperluan untuk dijadikan bahan publisiti atau ditunjukkan kepada umum.
Menurut Noraniza yang juga pengasas bagi produk berkenaan, dia sendiri tidak bercadang untuk merakam atau memaparkan proses pemberian wang tunai kepada penerima Golden Voucher.
“Niat saya hanya ingin berkongsi rezeki dengan cara paling ikhlas. Tapi sayangnya, ada yang menuduh ini hanya gimik kerana mereka tidak menerima Golden Voucher tersebut,” jelasnya.
Noraniza yang lebih mesra disapa Kak Ani turut melahirkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang cepat membuat andaian negatif.
“Dalam zaman serba moden ini, seolah-olah setiap kebaikan perlu ditayang untuk dipercayai. Sedangkan nilai keikhlasan itu lebih bermakna apabila ia dilakukan tanpa perlu diumumkan.
“Saya mohon agar tidak mempertikaikan niat baik ini hanya kerana tidak semua bertuah untuk menerima Golden Voucher,” tambahnya.
Dalam pada itu, pihaknya juga menegaskan bahawa penyertaan Golden Voucher dijalankan secara telus dan rawak, dan ia bertujuan memupuk semangat memberi tanpa mengharapkan balasan mahupun pengiktirafan.
Mereka turut merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan pelanggan dan menyeru agar semua pihak menyebarkan kebaikan dengan hati yang terbuka.
“Rezeki itu bukan pada apa yang kita nampak, tetapi pada keberkatan yang kita rasa.
Bagi yang telah menerima Golden Voucher boleh terus berhubung dengan pengurusan Che Ani Premium dan transaksi akan terus dibuat,” ujarnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menafikan penglibatannya dalam penganugerahan yang diterima selebriti Indonesia, Syahrini, dalam sebuah acara yang berlangsung di Cannes, Perancis, baru-baru ini.
Menurut kenyataan rasmi Pejabat Serantau UNESCO di Jakarta, organisasi itu tidak mempunyai kaitan dengan acara berkenaan dan tidak mengiktiraf sebarang penganugerahan yang dikatakan mewakili badan dunia tersebut.
“Walaupun individu yang dikaitkan dengan acara itu mungkin merupakan UNESCO Artist for Peace dalam kapasiti peribadi atau simbolik, acara tersebut bukan merupakan satu bentuk pengiktirafan rasmi daripada UNESCO,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Syahrini mencuri perhatian ramai selepas memuat naik kenyataan dan beberapa gambar di media sosial, mendakwa menerima anugerah daripada UNESCO melalui platform Listen To Her Parole dan Princess Charleen Fondation.
Menerusi hantaran tersebut, Syahrini dilihat memegang sebuah trofi yang tertera logo UNESCO serta nama Guila Clara Kessous, seorang UNESCO Artist for Peace, bersama nama Fondation Princess Charlene de Monaco.
Turut dimuat naik ialah poster acara yang tertera tulisan ‘Cannes Award is Presented to Mrs Syahrini for Outstanding Achievement in Entertainment, Influence, & Global Cultural Impact’, bersama logo United Society Council.
“Saya sangat bangga menerima anugerah yang berprestij dan luar biasa daripada UNESCO melalui platform ‘Princess Charleen Fondation & Listen To Her Parole’,” tulis isteri kepada Reino Barack itu di ruangan kapsyen foto yang dimuat naik di Instagram peribadi pada 16 Mei lalu.
Bagaimanapun, kenyataan rasmi UNESCO itu menimbulkan persoalan terhadap kesahihan pengiktirafan yang diterima oleh Syahrini, selain mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Saharul Ridzwan sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila berkongsi dia memilih untuk menjual kereta milik isterinya, Deena Emir, iaitu sebuah Honda Jazz yang begitu istimewa buat mereka sekeluarga.
Kenderaan tersebut bukan sekadar keperluan, sebaliknya ia merupakan hadiah ulang tahun keempat perkahwinan pasangan ini.
Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi warganet, lebih-lebih lagi sebelum ini dia pernah menjual aset peribadi lain seperti sebuah kereta Mercedes-Benz dan kondominium di Cyberjaya demi kestabilan kewangan keluarga.
Terdahulu, Saharul dan Deena, atau nama penuhnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahra, 5, dan Khadijah Alkubraa, 2.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian terkini sepotong video menerusi akaun Instagram @rd_garage_ dan @fglmotorsports, Saharul dilihat mahu beralih kepada kenderaan jenis MPV, iaitu Toyota Alphard.
“Terima kasih atas kepercayaan, Saharul Ridzwan! Hari penyerahan yang cukup bermakna bersama seorang gentleman sejati, soft spoken dan family man yang saya hormati.
“Bukan kali pertama berurusan, tapi setiap kali tetap rasa istimewa. Semoga kenderaan baru ini membawa lebih banyak momen indah bersama keluarga tercinta!” tulis wakil jualan tersebut.
Menerusi video sama, Saharul turut kelihatan ialah isteri dan anak-anaknya yang turut berada di bilik pameran berkenaan mengambil kenderaan baharu mereka.
Menurut Saharul, sebelum ini dia pernah mempertimbangkan untuk membeli model Toyota Voxy, namun akhirnya memilih untuk memiliki Toyota Alphard.
“Dulu masa saya tolak (jual) Mercedes, saya tanya Toyota Voxy.
“Selepas setahun, Alhamdulillah ALLAH beri rezeki. Rezeki anak-anak,” kongsinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...