Berkongsi sebuah video daripada sebuah stesen yang memaparkan perarakan haram golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di Kuala Lumpur semalam, Fakhrul UNIC menyelar tindakan wanita Islam yang menyertai perarakan tersebut.
Ulasnya, Islam sangat melindungi hak dan maruah wanita, namun golongan itu sendiri yang merendahkannya.
“Islam sgt protect hak2 dan meninggikan maruah wanita , sebaliknya kita sendiri yg merendahkannya..ampunkan kami ya Allah,jauhkan kami dari azabMu.
“Post ni mgkin akan dipadam x lama lg sbb direport. Repost / share at least kwn2 kta saudara kta sedar betapa tenatnya umat kini.”
Turut terkesan dengan kelakuan kaum hawa tersebut, netizen mendoakan agar golongan ini diberi petunjuk.
Ads
Ads
Namun, netizen terus mempersoalkan apakah kewajaran wanita Islam lebih-lebih lagi yang berhijab untuk turut sama turun padang memberi sokongan moral kepada aktiviti sebegini.
Foto – Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dua hari lalu, pelakon dan ushawan Datin Sri Maria Farida ada berkongsi beberapa keping foto bersempena dengan sambutan hari jadinya.
Perkongsian tersebut dibuat Mariah menerusi entri Instagram yang dikemas kini.
“Aries women are fire signs, our zest in life are limitless.. Although independent and outgoing, we remain children at heart ?. Always trusting, which often leads to disappointment.
“But Aries women quickly bounces back! Not a woman who ‘talks the talk’ but actually ‘walks the walk’,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #mfsweet50 #march28 dan #birthdaydinner.
Mencecah usia ke-50 tahun tahun ini, selebriti cantk berbintang Aries ini secara tidak langsung turut mendapat perhatian netizen apabila rata-ratanya bagaikan tidak percaya, sebagaimana komen yang ditinggalkan.
Selain memberikan ucapan sempena hari jadi, ada juga yang membayangkan Maria sebagai wanita dalam lingkungan 30an.
Malah, tidak kurang yang meminta tips serta rahsia awet muda darinya.
Hadir sama meraikan majlis ulang tahun Maria ialah keluarga dan rakan selebriti.
Pelakon dan pengacara, Qi Razali mengucapkan selamat berbahagia buat bekas kekasihnya, Nelydia Senrose yang bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan, tidak lama lagi.
Qi juga bersyukur buat bintang berkenaan kerana dipertemukan dengan lelaki yang boleh membimbingnya.
“Alhamdulillah saya bahagia dia bertemu dengan seorang lelaki yang boleh membimbingnya dan dipertemukan dengan lelaki yang baik.
“Semoga awak berbahagia dan semoga semua yang diimpikan akan dijumpai dalam perkahwinan nanti,” katanya.
Pada masa sama, pelakon Anak Jantan ini turut mendoakan yang terbaik buat Nely. Qi ditemui media pada majlis pelancaran single baru Aina Abdul di Majapahit, Mont Kiara.
“Saya mendoakan yang terbaik untuk awak, tahniah. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu,” akhiri Qi yang turut berdoa agar perkahwinan pelakon berkenaan dipermudahkan.
Qi yang juga anggota kumpulan OAG, pernah menjalinkan hubungan dengan Nelydia sebelum putus sekitar Ogos 2015.
Sementara Nelydia menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan, Hafez dan dikatakan bakal berkahwin dalam tempoh terdekat.
Qi pula kini sedang bercinta dengan pengacara HLive! yang juga model, Nia Atasha Rosli.
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam ada berkongsi gambar bersama suami tercinta, Datuk Nur Azam Sulaiman.
Cinta tiada akhirnya, usahawan ini turut menitipkan kapsyen bersemut buat si suami sempena ulang tahun hari jadi ke-51 pada hari ini.
“#21032019 ….
“Assalammualaikum Semua, Saja Nak Share…Hari Ni Hari Lahir Lelaki Yg TerPenting Dalam Hidup Mummy Becca, Kerana LELAKI Ini AdaLah Suami Saya Dan Ayah Kepada Semua Anak anak saya..
“Selain iTU Dia AdaLah Imam Sejati Saya,Dia Juga Adalah Teman Sejati Saya,Dia teman Menanggis Saya,Dia teman Bergadoh Saya, Dia Teman Merayap Saya, Dia Teman Setia Solat Bersama Saya,Dia Teman Setia Gelak Ketawa Saya,Dan Dia Teman Setia Susah Dan Senang Saya.. Dan InsyaAllah Dia Juga Yg Akan Memimpin Tangan Saya Utk Ke Syurga Jannah…Kerana Lelaki Ini ada Lah SYURGA saya..
“Mummy Becca Nak Mintak Semua Followers Mummy Becca BerDoa Utk Lelaki Ini,Insan TerIstimewa Dalam Hidup Mummy Becca,Lelaki Yg Sentiasa Memberi Semangat Dan Menyokong Mummy Becca,Lelaki Yg Sentiasa Memberi Kata Kata Positive Utk Mummy Becca,Doa Kan Lelaki Yg bernama NORAZAM SULAIMAN Ini ya ,Sentiasa Sihat Di Panjangkan Umur Utk mendidik anak2 KAMI Dan Mendidik Isteri Nya “Mummy Becca” Sentiasa ke jalan Yg Baik Dan DiRedhai,” tulis Rebecca.
Dalam pada itu, figura berdarah kacukan Jawa, Cina dan Arab turut menitipkan doa buat suaminya agar sentiasa dilindungi dan diberkati Allah.
“Di Murahi Rezeki Sentiasa,Di PermudahKan Segala Urusan Di Dunia Dan Akhirat?Di PermudahKan Kerja2 Utk Mencari Rezeki Yg Halal Utk Anak2 Dan Isteri. Sentiasa Menjaga ImanNya Kepada Allah SWT….Wahai Allah SWT Kau PerLuaskan Lah Rezeki Suami Ku Dan Kau Berkati la Rezeki ITU Sentiasa..
“Wahai Allah Kau Sayangi La Kami Sentiasa,Dan Kau Tunaikan La,Berikan La Segala DOA2 Hamba2 Mu Didunia Ini Menjadi Kenyataan Dan Kau Makbul Kan Lah…
“Selamat Hari Lahir Suamiku,Tiada Apa Yg dapat Ku Berikan KepadaMu @azambecca selain KESETIAAN Dan Tanggungjawab Isteri Serta Ibu Yg Baik Pada Anak Anak Mu…InsyaAllah,” doa Rebecca.
Lalu, netizen turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka berdua.
Untuk rekod, Rebecca dan Azam berkahwin pada 14 januari 2011 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Nor Adam Daniel,9, Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael,2 dan Nor Ahmet Al Reaggan serta dua orang anak hasil perkahwinan Azam yang terdahulu.
Foto : Instagram Rebecca
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program yang paling dinanti-nantikan setiap kali menjelang Syawal, Bombastika Raya 2026 kembali menemui penonton tahun ini dengan konsep yang lebih segar, meriah dan penuh warna-warni.