Setiap kali tibanya Aidilfitri, penyanyi dan juga pelakon Mark Adam mengakui sering terkenangkan sambutan raya ketika mengunjungi rumah keluarga mertua buat pertama kali untuk beraya.

Ketika itu Mark sedang berkawan rapat dengan isterinya, Izan, dan kunjungan itu sekali gus untuk berkenalan dengan keluarga mertua sebelum menyampaikan hasratnya untuk menjadi menantu.

Ads

“Kalau tak silap saya peristiwa itu berlaku sekitar tahun 2002 di mana saya sangat teruja nak beraya di rumah bakal mertua sampai sanggup pergi beli baju Melayu lengkap dengan sampin dan songkok di Central Market sorang-sorang sebab dan buat kejutan untuk isteri.

 

“Bagaimanapun bila sampai di rumah mertua, saya hanya duduk di luar sebab takut nak masuk, manalah tahu nanti kena halau kerana pada waktu itu saya belum pandai berbahasa Melayu dan mungkin susah nak ajak mereka berbual.

 

“Namun sangkaan saya itu rupanya salah apabila keluarga mertua menyambut saya dengan sangat baik, malah bapa mertua saya seorang yang sangat cool dan layan sama macam tetamu yang lain,” katanya yang sebelum itu tidak pernah berbaju Melayu.

Mark Adam Terkenang Pertama Kali Raya Di Rumah Mertua

Ads

Cukup menggemari ketupat dan lemang, Mark menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai seorang isteri yang sangat pandai memasak juadah raya termasuk menu tradisi seperti Rendang, Nasi Impit dan sebagainya.

Ads

“Selepas kahwin saya dapat merasa macam-macam jenis masakan tradisi Melayu yang sebelum itu saya langsung tidak pernah tahu apatah lagi nak makan.

 

“Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan isteri kerana melalui dia saya banyak belajar tentang agama dan budaya Melayu termasuk amalan-amalan tradisi ketika sambutan hari raya.

 

“Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya setiap kali tibanya hari raya dan saya anggap Aidilfitri saya tidak akan bermakna tanpa dia,” ujar Mark yang telah lebih 15 tahun berumah tangga.

Menurut Mark yang kini sedang hangat dengan lakonan terbarunya menerusi drama Biniku Ninja ini, paling ditunggukan setiap kali menjelangnya raya adalah saat dapat berkumpul bersama keluarga dan berkonvoi untuk menziarahi sanak saudara sebelah isterinya di Negeri Sembilan.

“Selalunya sayalah orang yang paling teruja nak sambut raya sebab aktiviti jumpa sanak-saudara dengan cara yang begitu meriah itu hanya setahun sekali sahaja.

 

“Jadi dari awal-awal saya sudah buat persiapan baju raya untuk ibu dan bapa mertua agar semuanya sempurna dan kemudian barulah saya sibuk untuk diri sendiri dan isteri agar semua orang akan nampak cantik bila hari raya.

 

“Balik Negeri Sembilan, kami konvoi ramai-ramai mengunjungi saudara mara seramai boleh untuk mengeratkan silaturahim,” katanya yang turut beraya di rumah penyanyi Waris pada tahun lalu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI