
Maria Tunku Sabri
Pengacara Maria Tunku Sabri menafikan dakwaan yang mendakwa dirinya pernah menjadi pembuli ketika berkhidmat sebagai ketua pramugari di sebuah syarikat penerbangan suatu ketika dahulu.
Menurut Maria, sikap tegas yang ditunjukkan hanyalah bagi memastikan setiap kru bertugas dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik serta mengikut prosedur yang ditetapkan.
Baca Artikel Lain;
“Isu itu mungkin dibangkitkan selepas saya muncul di sebuah program audio siar milik Zarul Umbrella. Seperti semua tahu, saya ini bekas pramugari.
“Saya bukan buli orang. Saya hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ketua pramugari. Jangan salah tanggapan.
“Saya hanya mengajar kru-kru yang baharu yang bekerja bersama saya. Dahulu pun, saya juga diajar. Bila kita bekerja, jika ada sesuatu yang berlaku, saya yang akan bertanggungjawab.
“Tak kisahlah kemalangan kecil atau besar, saya yang kena menjawab. Saya sentiasa serius bila bekerja. Bila ada kru lain yang bekerja dengan saya, saya akan pastikan mereka mahir dengan kerja mereka,” katanya kepada MH.
Maria berkata demikian ketika ditemui selepas konsert minggu kedua Kilauan Emas Selebriti (KES), baru-baru ini.
Tambah bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu, ketegasan yang ditunjukkan hanya ketika menjalankan tugas, manakala hubungan bersama rakan-rakan kru sentiasa baik apabila berada di luar waktu kerja.
“Bab kerja saya memang tegas. Namun, bila sampai ke destinasi, saya berkawan seperti biasa. Saya jadi ‘geng’ dengan mereka. Kami boleh pergi berjalan dan keluar makan bersama.
“Bila saya memakai uniform, saya akan jadi ketua pramugari yang tegas. Jangan salah anggap dan salah tafsir. Bila anda mendengar podcast tersebut, anda hanya nampak saya marah-marah.
“Sebenar dalam apa juga bidang pun sama sahaja,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Maria turut merayu agar pihak yang terlibat dalam gerakan memboikot dirinya menghentikan tindakan tersebut kerana menyifatkan ia tercetus akibat salah faham terhadap kenyataannya.
“Tak baik buat gerakan boikot ini. Mereka sebenarnya tak faham konsep. Saya juga tak nak dibuli. Jadi, saya tak buli orang lain. Janganlah buat tuduhan negatif.
“Cuba letakkan diri anda ditempat saya. Yang buat gerakkan boikot ini, berhentilah. Berfikirlah dan jadi manusia yang baik. Kalau tak boleh jadi baik, jangan jadi jahat.
“Janganlah membentuk generasi yang tidak sihat dengan mengajar orang untuk membenci. Saya tak buat orang, anda janganlah buat saya. Saya merayu jadilah insan yang baik,” katanya lagi.
Sebelum ini, Maria pernah berkongsi pengalaman sepanjang berkhidmat sebagai pramugari.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang kritikan daripada segelintir pihak sehingga ada yang melabelkan dirinya sebagai seorang pembuli.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
@mediahiburanofficial Pengacara dan personaliti TV, Maria Tunku Sabri mengakui dirinya mempunyai sebab tersendiri mengapa dia memilih untuk membawakan lagu ‘Hatiku Kau Guris Luka’ di konsert minggu kedua Kilauan Emas Selebriti (KES), malam tadi. Menurut Maria, lagu berkenaan cukup dekat dengan dirinya kerana mengingatkan kepada seorang individu istimewa yang pernah rapat dengan keluarganya, namun kini sudah menjauh 🥹🫶🏻 #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan