Penyanyi dan pelakon, Marcell akui tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dan gembiranya kerana bakal mengadakan konsert solo pertama di Malaysia. Marcell atau nama sebenarnya, Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan, 40, menambah, konsert istimewa itu dilakukan atas dedikasi rasa cinta dan penghargaannya buat para peminat di negara ini.

Konsert yang diberi nama Once In A Lifetime itu bakal dipentaskan pada 23 September depan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ditemui Media Hiburan, penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Hanya Memuji duet bersama Shanty dan Semusim itu menjelaskan, apresiasi yang diberikan peminat Malaysia terhadapnya membuatkan penyanyi ini rasa lebih dihargai dan disayangi.

IKLAN

“Saya pernah beritahu ini pada media Malaysia sebelum ini. Malah kenalan saya pun tahu mengenainya. Saya sering mengatakan ada ‘ikatan batin’ dengan Malaysia, sejak hadir ke sini pada 2013. Tidak tahu mengapa. Saya tidak boleh terangkan, tapi itulah yang saya rasakan,”luah Marcell yang turut rasa terkilan kepada pada beberapa ketika, ada di antara lagu-lagunya agak lambat untuk didengari di Malaysia.

“Pada peringkat awal melancarkan lagu di Malaysia, saya rasa ada lagu saya lambat sampai di Malaysia. Rasa terkilan. Saya tidak suka itu sebab sepatutnya, ia perlu didengari pada waktu sama dengan Indonesia. Malah, bahasa kita pun dekat, tetapi mengapa terlambat,” soalnya.

Jadi mengenangkan hal tersebut, Marcell akui mahu melunaskan kekecewaan lama, ibarat membayar hutang yang belum dilunaskan.

IKLAN

“Harap konsert ini dapat mengubati kerinduan semua. Bukan di dalam sebuah persembahan berbentuk privasi atau tertutup, tetapi di dalam sebuah konsert skala besar,” katanya sejurus selepas sesi temu bual di Sala Restaurant, Desa Sri Hartamas, baru-baru ini.

Selain meraikan ulang tahun ke-15 pembabitannya dalam kerjaya nyanyian, Konsert Once In A Lifetime ini juga adalah bersempena sambutan ulang tahun ke-40 penyanyi September depan.

Konsert anjuran penyanyi ini dengan kerjasama Empire Live, VMC Music Indonesia dan Oleg Sabchabakhtiar dari Planet Design Indonesia itu bakal membuai penonton dengan 40 buah lagu.

IKLAN

Lebih istimewa, Marcell turut memberi bayangan bakal berduet dengan penyanyi Malaysia pada konsert berkenaan. Bagi peminat Marcell, jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan istimewa dari penyanyi ini. Informasi lanjut boleh diikuti menerusi www.goersapp.com, kiostix.com, airasiaredtix.com dan tiket.com.

https://www.youtube.com/watch?v=1SrJHak5g98

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI