Selebriti popular, Janna Nick berkongsi berita di Instagram apabila dia kini berjaya memiliki kediaman kedua.
Memuat naik foto yang berlatarbelakangkan rumah teres dia tingkat yang baru dibeli, pelakon drama Cari Aku Di Syurga ini turut menulis coretan humor menerusi ruangan kapsyen.
“Alhamdulillah done tambah hutang. Jom la kerja lebih keras lagi,” tulis Janna sambil disusuli dengan hashtag #newhouse.
Pakar motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memberikan pendapat mengenai isu konsert artis antarabangsa yang hangat diperkatakan, baru-baru ini.
Mengutarakan pandangan secara peribadi, doktor pakar mata ini mengulas mengenai penganjuran konsert penyanyi luar negara di Malaysia yang menjadi polemik sesetengah pihak kerana didakwa menjadi sebab penularan budaya hedonisme dan sebagainya.
“Apa-apa yang Allah tak reda, saya tak setuju. Salah satu tanda Allah sayangkan seseorang ialah apabila dia tidak menghabiskan masa dengan perkara sia-sia.
“Apakah perkara yang sia-sia itu? Ia tidak memberatkan timbangan di Padang Mahsyar. Malaikat sentiasa mencatat perbuatan kita.
“Kita sendiri ada ‘pilihan raya’ setiap saat. Sebelum buat sesuatu perkara, kita harus fikirkan lima pilihan iaitu iman atau nafsu, syurga atau neraka, taat atau maksiat, dosa atau pahala dan Allah reda atau Allah murka?
“Jika ada yang bertanyakan mengenai konsert artis luar negara kepada saya, letak dahulu lima pilihan itu, barulah bertindak membuat keputusan. Saya pun suka berhibur, tetapi saya berhibur dengan suami. Saya menyanyi di rumah sahaja.
“Saya tak menghukum atau menghakimi sesiapa, saya hanya memberikan pandangan peribadi. Berkenaan dengan hukum, saya tak boleh komen, itu saya serahkan kepada ustaz atau yang lebih arif,” katanya.
Muhaya ditemui di seminar transformasi Prof Muhaya Circle (PMC) 2022 ‘Zero Stress Living’ di The Everly Hotel, Putrajaya pada Sabtu.
Mengulas mengenai PMC, Muhaya mendedahkan selepas pandemik melanda, ramai individu yang terkesan, terutama daripada sudut tekanan emosi serta perasaan.
Menerusi program ini, Muhaya menjawab dan mencari solusi bersama peserta-peserta yang hadir untuk menangani perkara berkenaan.
“Program PMC berdasarkan 41 tahun pengalaman saya bertemu dengan pelbagai lapisan manusia. Ia telah membantu lebih 11,000 orang yang sebelum ini mengakui ‘telah mati’ dalam kehidupan.
“Semua yang hadir mahu menjadi lebih positif. Menerusi seminar ‘Zero Stress Living’, peserta akan mengenal pasti sumber stress, apa kesannya dan solusi asas untuk mereka keluar daripada belenggu stress.
“Alhamdulillah, kali ini lebih 500 orang yang menyertai PMC. Ia pertama kali diadakan secara bersemuka kerana sebelum ini, semuanya dibuat secara atas talian. Semua yang hadir mahu hidup dengan transformasi positif dan menjadikan ‘pencinta tanpa syarat’ sebagai modus operandi kehidupan,” katanya lagi.
Selain lebih 500 peserta, PMC turut dihadiri oleh beberapa selebriti seperti Datin Lisa Surihani, Tya Arifin, Hafiz Hamidun, Mia Ahmad, Wany Hasrita, Amira Othman dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Demikian antara ‘rungutan’ yang diberikan penonton setia program Gegar Vaganza 9 (GV9) yang berteka-teki mengenai ketiadaan Nabil Ahmad pada minggu kedua GV9 yang bersiaran pada malam Ahad.
Digantikan oleh Daniel Zaini bersama hos Elly Mazlein, Nabil, 39, terlebih dulu meneruskan komitmen bersama satu acara permotoran di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor, malam yang sama.
Meninjau ke ruangan komen di media sosial, peminat mulai memberikan pelbagai respon susulan pengacara gantian.
Malah, ada yang ‘merayu’ agar Nabil segera kembali ke pentas GV9 yang sudah sinonim dengan dirinya sejak ia mula bersiaran pada 2013.
Ini antara komen yang ditinggalkan;
“Mana Nabil, GV sendu la macam ni.
“Nabil mana, GV tak meriah.
“Dah lah Jihan tak ada, ni Nabil pula tiada. Hari ini (Ahad) tengok GV macam tengok Raja Lawak pula. Hilang integriti GV.
“Tak best Nabil tak ada.
“Boringlah tak ada Nabil.
“Malas tengok GV Nabil tak ada. Jadi bosan terus.
Sejak mula bersiaran pada 2013, GV mengekalkan pasangan hos iaitu Nabil dan Jihan Muse dari GV1 hingga GV8.
Tahun ini, Jihan yang sedang berpantang anak kedua selepas melahirkan anak kedua pada awal September lalu, digantikan dengan Elly Mazlein.
Ramai penonton menyatakan selain barisan peserta, kekuatan GV juga adalah terletak di bahu hos, Nabil dan Jihan selain ketua jurinya, maestro muzik Datuk Ramli MS.
Terdahulu pada konsert minggu kedua GV9, penyanyi Roy Kapilla berada di tangga tercorot sekali gus menjadi peserta pertama tersingkir pada musim ini.
Kini tinggal 12 peserta bersaing untuk merebut gelaran juara GV9 iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok, Dina Nadzir, Bob Yusof dan Asheed Def Gab C.
Turut bersaing ialah Pat Candy, Haida Hasnan, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Tom dan kumpulan VE.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nora Danish tampil memberikan reaksi susulan foto bersama suami, Nedim Nazri bagi mempromosikan sebuah produk wangian berjenama dikatakan telah disunting.
Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini, bentuk tubuh Nora kelihatan melentik dan netizen mendakwa, aktres itu didakwa lakukan suntingan pada bahagian pinggang bagi memberikan ilusi lebih ramping.
Malah tak kurang mendakwa Nora telah memadam hantaran awal lalu menggantikan dengan foto yang telah disunting.
Bagaimanapun menerusi sebuah posting di platform sama, Nora menerusi video menjelaskan, bahagian pinggangnya tidak disunting.
Sebaliknya, ia adalah ilusi persalinan yang dipakai selain fizikalnya yang kian susut.
“This video actually i nak share dengan you guys. Sebab ramai yang tanya dress ni Nora beli dekat mana. I beli dekat Zara sebab dia merampingkan pinggang i. Sampai orang ingat i edit.
“Sebenarnya tak edit… Nampak ni video. Mana ada edit, nampak? I think because of the design also. Design ni boleh merampingkan pinggang ke something like that.
“But i do excersice, i pun dah hilang beberapa kilogram. I ambil Kaffi (kopi diet), i jaga makan, buat yoga. Tak sugar tak sangat, belum lagi.
“But yes… this is tak edit. Memang ramping…. Tak ramping sangat tapi okay lah untuk berapa tahun (umur),” katanya yang turut akui kurang mengambil nasi.
Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.