Pelakon kayu sememangnya sering diutarakan oleh netizen-netizen di Malaysia ini terutama sekali pelakon baru. Kalau dilihat sekarang ini, boleh dikatakan ada sahaja kritikan netizen mengenai lakonan para pelakon di negara ini.

Kadang-kadang MH kasihan juga bila membaca kisah-kisah para selebriti yang dihentam sedemikian rupa sedangkan kadang-kadang mereka hanya melakonkan mengikut skrip yang diberikan.

‘Mana Komen Yang Baik, Ambil, Yang Menjatuhkan Buat Tak Kisah’- Respon Hannah Delisha

IKLAN

Bagaimanapun, bagi pelakon Hannah Delisha, dia mempunyai mekanisme tersendiri untuk menepis komen-komen yang diberikan netizen.

IKLAN

“Pada Hannah, tak ambil kisah sangat pun tapi akan tengok juga kekurangan yang orang kritik tu sebab kadang-kadang kita lihat kritikan orang tu agak keterlaluan.

“Namun, mana yang penting, baik boleh buat Hannah memperbaiki kekurangan, Hannah akan ambil.

“Tetapi mana yang menjatuhkan tu, Hannah tak ambil kisah sangat,” katanya ketika ditemui di Sidang Media 3 Gadis Manis Musim Ke-2 di Penang Village Great Eastern Mall, Kuala Lumpur.

Tambah Hannah lagi, dia turut menbaca segala komen-komen yang diberikan netizen dalam usaha untuk memperbaiki mutu lakonannya.

IKLAN

‘Mana Komen Yang Baik, Ambil, Yang Menjatuhkan Buat Tak Kisah’- Respon Hannah Delisha

“Ya, sememangnya Hannah baca apa yang netizen komen sebab Hannah faham bahawa mereka sebenarnya beri sokongan kepada para pelakon cuma kadang-kadang cara dan ayat yang digunakan itu agak kasar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hannah turut bersyukur dengan perjalanan kariernya kini yang semakin berkembang di kedua-dua negara.

“Alhamdulillah, jadual Hannah untuk tahun ini penuh sampai hujung tahun, Hannah banyak terlibat dengan projek di kedua-dua negara tapi akan banyak menghabiskan masa di Malaysia untuk projek lakonan dan lain-lain.

“Dalam karier nyanyian, Hannah ada ‘single’ baru bertajuk ‘Tak Perlu Kata Apa-Apa’, setakat ini lirik video dan keluar di Youtube dan juga lagu tersebut berada di Apple Music, Joox dan Spotify,” tambahnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI