Selebriti Chef, Datuk Fazley Yaakob ada memuat naik video memaparkan dirinya sedang menolak kereta di parkir yang menghalang laluan di Thailand. Pada masa sama, penyanyi Asmara ini juga turut memuji sikap pemandu negara itu yang tidak cepat marah jika ada kereta lain yang melakukan double park).

Menerusi Instagram, Fazley berkongsi pengalaman tersebut.

Katanya, kebanyakan pusat membeli-belah di ibu kota itu memang sudah terdedah dengan situasi double park dan masing-masing sabar kerana tiada insiden marah-marah atau membunyikan hon.

IKLAN

“Di shopping mall #Bangkok kebanyakan kereta memang di double park, lepas tu sorang pun takde marah2 atau hon lama2. Masing2 penyabar yang amat. Agak2 kita di Malaysia mampu ke sesabar mereka?,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Serentak dengan entri tersebut, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat diberikan Fazley.

IKLAN

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI