Filem Maleficent yang menampilkan Angelina Jolie sebagai watak utamanya menjadi antara filem keluaran Disney paling dinantikan lebih tiga tahu dulu.

Bukan hanya kerana penonton mahu melihat sisi berbeza dari Jolie yang membawa watak sebagai ahli sihir, namun elemen emosi dan kasih sayang ditampilkan di akhir cerita turut menjadi perhatian.

Maleficent Yang Sukses Ditangan Angelina Jolie, Ini Trivia Menarik Mengenainya, Sequel Kedua Bulan Ini!

Ok, kali ni MH berikan beberapa triva best mengenai filem animasi hebat ini!

Filem fantasi yang digarap dengan kos lebih AS180 juta ini berjaya mengaut keuntungan sekitar AS758 juta selepas ditayangkan seluruh dunia. Malah Jolie khabarnya turut menerima bayaran AS15 juta untuk mendukung watak sebagai Maleficent.

Maleficent Yang Sukses Ditangan Angelina Jolie, Ini Trivia Menarik Mengenainya, Sequel Kedua Bulan Ini!

IKLAN

Jolie seperti yang dipetik menerusi sebuah temubual turut memberitahu pada peringkat awal, dia agak takut untuk memainkan watak antagonis itu kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada para penonton kanak-kanak.

Watak Puteri Aurora lakonan yang dibawa Elle Fanning turut menampilkan anak kandung Jolie, Vivienne Jolie-Pitt. Anaknya itu memainkan peranan sebagai Puteri Aurara ketika kecil.

Maleficent Yang Sukses Ditangan Angelina Jolie, Ini Trivia Menarik Mengenainya, Sequel Kedua Bulan Ini!

IKLAN

Filem ini turut mendapat pencalonan untuk Oscar ke-87 menerusi kategori Rekaan Kostum Terbaik, namun tewas kepada filem The Grand Budapest Hotel.

Pada akhir cerita, sepatutnya watak pakcik kepada Maleficent akan muncul. Bagaimanapun, adegan tersebut dipotong pada saat-saat akhir. Mungkin bagi memberi ruang buat filem ini yang bakal mempunyai sequel tidak lama lagi.

Solekan pada wajah Maleficent dikatakan turut mengambil inspirasi daripada solekan untuk album Born This Way dari Lady Gaga

IKLAN

Maleficent Yang Sukses Ditangan Angelina Jolie, Ini Trivia Menarik Mengenainya, Sequel Kedua Bulan Ini!

Selain Fanning, pelakon Kristen Steward pada awalnya turut dikatakan bakal memegang watak sebagai Puteri Aurora. Namun akhirnya watak tersebut berjaya dibawa Fanning.

Sementara itu, sequel keduanya, Maleficent: Mistress of Evil dijadualkan ditayang Oktober ini di seluruh dunia dan trailer rasminya telah pun dilancarkan 8 Julai lalu.

https://www.instagram.com/p/B3Jjn9_Jy4w/?igshid=bdeq0g6xk7nv

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI