“Malaysia Perlu Sokongan Kita,”- Fauzi Nawawi Beri Nasihat, Belilah Barangan Bumiputera

Share

Baru-baru ini, pelakon Fauzi Nawawi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi ada memberi nasihat bersama peminatnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Rakaman video yang dikongsi oleh Fauzi, dia menyuarakan rasa kepada pengguna media sosial untuk membeli barangan keluaran bumiputra sebagai tanda sokongan terhadap produk buatan tempatan.

“Bermula dari sekarang kita berikan  100 Peratus sokongan kepada barangan bumiputra , UNTUK MENGUKUHKAN EKONOMI BERSAMA.

“MALAYSIA MEMERLUKAN SOKONGAN KITA #sayangbangsaku #bumiputera #fauzinawawi,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan kata-kata nasihat yang ingin disampaikan bintang filem Munafik 2 itu.

Ada betulnya apa yang disampaikan oleh Fauzi. Siapa lagi yang harus memberikan sokongan kepada produk buatan tempatan kalau bukan diri kita sebagai rakyat Malaysia.

Foto : Instagram Fauzi Nawawi

IKLAN