“Makin Lama Makin Cantik!,” – Hitung Hari Bersalin Bayi Sulung, Penampilan Terkini Zahirah MacWilson Curi Perhatian Ramai

Share

Pelakon Zahirah MacWilson yang kini sedang hamil anak pertama ada berkongsi figura terkininya kepada peminat.

Sambil merakamkan foto secara ‘selfie’, penampilan bintang Curi-Curi Cinta ini nyata menarik perhatian ramai, meski hanya mengenakan persalinan santai yang sederhana.

Malah posting berkenaan sudah pun mendapat lebih 100,000 tanda suka!

“Summer days,” tulisnya ringkas pada satu hantaran terkini di Instagram.

Lalu meninjau ke ruangan komen, para peminat serta rakan selebriti turut memberikan reaksi yang rata-ratanya memuji bakal ibu yang kekal menawan selain bentuk badannya yang dilihat tidak berubah.

Zahirah dan suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza mendirikan rumah tangga dengan Aiman pada 20 Februari lalu.

Pasangan ini kini sedang mengisi masa di kediaman keluarga Zahirah di Perth, Australia sebagai persediaan menyambut kelahiran anak sulung mereka di sana.

Foto: Instagram Zahirah Macwilson

IKLAN