‘Make Up Ikhlas Hasil Cantik, Bukan Make Up Sambil Menyindir’ Netizen Puji Make Up Minimalis Fazura

Seperti yang kita semua tahu, semalam merupakan majlis resepsi kedua Fattah Amin dan Fazura.

Jika sebelum ini pasangan Fattzura hanya menjemput kenalan terdekat menghadiri majlis resepsi bertemakan Fairy Tale, kali ini pasangan ini meraikan momen gembira mereka bersama lebih 5,000 orang peminat di Royale Palace, Shah Alam.

Tidak dinafikan Fazura kelihatan sungguh anggun dan manis dengan persalinan songket biru di sebelah Fattah bak putera raja.

Selain dipuji tema dan pakaian. Ramai juga peminat yang memuji hasil make up yang dikenakan pada Fazura.

Walaupun ada yang kurang suka melihat Fazura mengenakan solekan minimalis, namun ramai juga yang memuji hasil make up tersebut dan suka melihat wajah Fazura tanpa make up tebal seperti sesetengah pengantin.

IKLAN

Okay korang lihat sendiri gambar-gambar sekitar di majlis mereka.

IKLAN