“Mak Tak Mahir Guna iPhone,”- Sajat Hadiahkan Ibu Telefon Android, Pesan Jangan Derhaka Pada Orang Tua

Usahawan produk kecantikan sensasi, Nur Sajat mengabadikan momen indah apabila menghadiahkan sebuah telefon pintar jenis android kepada ibunya.

Kongsi Sajat, ibunya mengadu telefon bimbit asyik rosak hingga menyukarkan dirinya untuk berhubung.

“Sayang mak selamanya. Bila mak kita bagi tahu, Handfon mak ini dah rosak, tak hidup lah..dok kias2 kat sajat. mak sajat ini bukan jenis meminta,tetapi mak sajat kalau ada masalah,mengadu sahaja.. sajat sebagai anak, faham sangat mak sajat ini.

“Bila dia datang rumah, jenis tak boleh duduk diam..mesti nak mood rumah, walaupun kita dah ada pembantu.tetap nak kemas2 sajat..jenis mak yang rajin..sayang mak dunia dah akhirat,” kongsi ushawan itu.

Malah, Sajat memberi pesanan agar sentiasa menghormati dan menyanyangi kedua ibu bapa kerana doa mereka membuatkan anak-anak berjaya dunia dan akhirat.

“Kalau uols nak berjaya dalam dunia ini,mak ayah jgn kita derhaka..sayangi mereka..tanpa mak ayah,siapa lah kita.

IKLAN

“Doa paling makbul,adalah doa dari orang tua kita..seburuk mana pun kita,jahat mana pun kita,buat lah apa pun kat diri kita.

“Mak ayah jangan lah lupa…selagi mak ayah ada,jaga lah mereka..rajin2 call mak ayah,dah rajin tengok balik kg tengok mak ayah..klu mak ayah boleh menjaga 10 orang anak,tak kan kita adik beradik tak boleh jaga mak dan ayah kita,” tulisnya sambil disertakan video IGTV yang memaparkan aksi kejutan yang diberikan buat ibunya.

View this post on Instagram

Bila mak kita bagi tahu,Handfon mak ini dah rosak,tak hidup lah..dok kias2 kat sajat.. `mak sajat ini bukan jenis meminta,tetapi mak sajat kalau ada masalah,mengadu sahaja.. sajat sebagai anak,faham sangat mak sajat ini.. bila dia datang rumah,jenis tak boleh duduk diam..mesti nak mood rumah,walaupun kita dah ada pembantu.tetap nak kemas2 sajat..jenis mak yang rajin..sayang mak dunia dah akhirat… klu uols nak berjaya dalam dunia ini,mak ayah jgn kita derhaka..sayangi mereka..tanpa mak ayah,siapa lah kita..doa paling makbul,adalah doa dari orang tua kita..seburuk mana pun kita,jahat mana pun kita,buat lah apa pun kat diri kita..mak ayah jangan lah lupa…selagi mak ayah ada,jaga lah mereka..rajin2 call mak ayah,dah rajin tengok balik kg tengok mak ayah..klu mak ayah boleh menjaga 10 orang anak,tak kan kita adik beradik tak boleh jaga mak dan ayah kita…selamat pagi semua🥰

A post shared by nursajat (@nursajat23) on

“Hari ini Sajat nak bagi telefon kepada mak Sajat kerana dia kata telefon dia sudah rosak. 

“Sajat dah belikan telefon pintar jenis Samsung sebab mak Sajat tak mahir guna iPhone,” kata Sajat sambil mencium ibunya. 

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata memuji sikap ushawan itu sorang yang pemurah.

IKLAN

Malah, ada yang mendoakan agar diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan.

Video : Instagram Nursajat23