“Mahu Tua Bersama,”- Raja Illya Buat Kejutan Buat Suami Kacaknya, Trentt Garrett

Share

Pelakon Raja Illya telah melakukan kejutan buat suaminya, Trentt Garrett bersempena dengan ulang tahun hari jadinya semalam.

Momen indah itu dikongsikan pelakon filem Papadom itu apabila dia memuat naik video (IGTV) berdurasi empat di Instagram miliknya.

“The July babies,

“Celebration after celebration… we really enjoyed celebrating our birthday together.. happy birthday husband @trentengarrett … love you so much.

“May we still look good growing old together 😉haha,” tulisnya.

Menerusi video yang disunting Illya sendiri, melihatkan momen indah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang turut sama meraikan hari jadi lelaki warga Australia itu.

Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap video berkenaan.

Terdahulu, Illya telah meraikan ulang tahun hari jadinya pada 14 Julai lalu.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 23 Disember yang lalu di Perth, Australia.

Video : Instagram Raja Illya

IKLAN