Mahu Rangsang Deria Anak, Bekas Isteri PU Abu, Ain Afini Pertama Kali Bawa Adam Aysar Berenang

Share

Bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu, Ain Afini meluangkan masa bersama anaknya, Muhamad Adam Aysar di kolam renang baru-baru ini.

Kongsinya, itu merupakan kali pertama bayi berusia enam bulan itu melakukan aktiviti berkenaan.

Malah, Ain turut berkongsi beberapa tips keselamatan ketika anak sedang mandi kolam.

“First time umi try bawak adam aysar mandi swimming pool sebab dia suka sangat air.

“Selalu mandi kat bath tub je kan itu pun kalau umi ada, kalau tak dekat sinki jelah dengan tokabah.

“Abang ali dah terjerit-jerit dah nampak air. Sukaaa betul anak sorang ni,” tulisnya.

Ain pada masa sama turut berkongsi tips perkara yang perlu dibuat si ibu sebelum mengikuti sesi berenang untuk si anak kecil.

“Make sure standby susu suam kalau bagi susu botol sebab bila swimming dia cepat lapar, kat sebelah kita kene ada tuala sebab ain masukkan dia sekejap2 je then angkat balut dengan tuala bagi tak sejuk.

“Kalau ada mainan bunyi2 boleh bawa bagi baby relaks sikit.

“Ain tak terus lepas dia, pegang dulu bagi dia selesa. Dah nampak selesa baru lepaskan sekejap je then pegang balik. Hihi okay lah tu bagi merasa sikit, rangsang semua deria baby ni.

“Apa pun safety first! Alhamdulillah everything went well,” tulisnya lagi.

Disamping itu, Ain turut berkongsi foto bersama Adam di Instagram miliknya.

Terdahulu, PU Abu telah menjatuhnya talak kepada Ain pada 16 Mei lalu (ketika itu Ain hamil tujuh bulan).

Hasil perkongsian itu, Ain dan Abu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adam Aysar yang kini berusia enam bulan.

Abu kemudian berkahwin dengan Hana Azraa yang kini sedang hamil peringkat kedua (second trimester).

Foto : Instagram Ain Afini

IKLAN